Pertahan Pendirian, Ewon Benedick Letak Jawatan Menteri KUSKOP

Tambah ke Sumber Pilihan
Ewon Benedick

Spekulasi mengenai kedudukan Datuk Ewon Benedick akhirnya terjawab apabila beliau mengumumkan peletakan jawatan sebagai Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) semalam.

Perkara itu disahkan sendiri oleh Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) itu menerusi satu kenyataan di laman Facebook rasminya.


Dalam kenyataan tersebut, Ewon memaklumkan bahawa beliau akan mengutus surat rasmi kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi memaklumkan keputusannya meletak jawatan daripada Kabinet Persekutuan.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri atas peluang yang diberikan untuk memperjuangkan hak-hak Sabah sepanjang berada dalam Kabinet.

Screenshot 2025 11 09 At 10.55.30 Am

Artikel berkaitan: Sunyi Sepi! Itaewon Tak Meriah Lagi Pada Musim Hujung Tahun Lepas Insiden Halloween

Artikel berkaitan: Sektor Koperasi Bukti Keupayaan, Catat Nilai Perolehan Cecah 70 Bilion!

Ewon menjelaskan, keputusan itu dibuat kerana beliau mahu berpegang kepada prinsip perjuangan UPKO berhubung pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan hak Sabah seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Katanya, beliau tidak dapat bersetuju dengan pendirian Jabatan Peguam Negara (AGC) yang menurutnya mengabaikan sejarah dan syarat pembentukan Persekutuan Malaysia sebagaimana dinyatakan dalam penghakiman bertulis Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu baru-baru ini.

Beliau menegaskan, adalah janggal untuk terus berada dalam Kabinet apabila pandangan AGC bercanggah dengan prinsip perjuangannya.

Tambahnya, pendekatan AGC terhadap isu pemberian khas 40 peratus hasil Sabah bertentangan dengan pendirian UPKO, justeru beliau memilih untuk berundur bagi memberi tumpuan kepada perjuangan hak Sabah di peringkat negeri.

Ewon turut menyatakan bahawa beliau tidak akan menyokong sebarang keputusan yang bercanggah dengan keputusan Mahkamah Tinggi pada 17 Oktober lalu dan berharap agar AGC tidak memfailkan rayuan, sebaliknya memulakan rundingan dengan Kerajaan Sabah.

Katanya, langkah berundur ini dibuat atas pertimbangan prinsip dan maruah politik, bukan atas tekanan mana-mana pihak.

Sumber: Harian Metro

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Fahmy Rosli
Lagi tulisan Fahmy
Seorang Chef, pendengar muzik indie tanah air dan peminat tegar Kugiran Hujan. Optimis dan berwawasan. Motto hidup; “Mana ada perjuangan yang patah”.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Bunyi Penggera Kecemasan Terus Ke Telefon, Rupanya Ini Teknologi Di Sebalik Tabir MySiren
  2. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
  3. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

Pertahan Pendirian, Ewon Benedick Letak Jawatan Menteri KUSKOP
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/pertahan-pendirian-ewon-benedick-letak-jawatan-menteri-kuskop/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM