Peniaga-peniaga di bandar Itaewon menerima impak besar selepas tragedi Halloween yang meragut 158 nyawa beberapa bulan lepas, difahamkan premis mereka sukar menerima pelanggan biarpun pada musim hujung tahun ini.
Menurut salah seorang pengusaha bar popular di sana, perniagaan mereka pada musim Hari Natal tahun ini jauh lebih teruk merundum berbanding masa pandemik, tiada terima sebarang reservation.
Sejak tragedi itu, bukan sahaja Stesen Itaewon dan kawasan Budaya Makanan Dunia itu, tetapi daerah komersial lain di sekitarnya juga tidak mempunyai sebarang pelanggan walaupun pada musim hujung tahun.
Laporan allkpop.com menyatakan bahawa jumlah pengunjung untuk Krismas tahun ini hanyalah 10% berbanding jumlah pengunjung sempena Krismas tahun lepas.
Seorang pemilik kedai bakeri berhampiran di stesen Itaewon mengulas bahawa…
“Krismas tahun ini, hanya 1/10 pengunjung berbanding Krismas tahun lepas. Jualan kek Krismas telah merundum 70% dan perniagaan di sekitar kawasan hampir mati.”
Bagaimanapun, daerah-daerah yang banyak kelab hiburan malam popular lain seperti Hongdae dan Myeongdong dilihat sibuk dengan ramai orang cuba keluar semasa musim cuti ini.
Pihak polis telah menghantar anggota tambahan ke 37 kawasan termasuk Hongdae, Gangnam, dan Myeongdong sebagai langkah awal untuk mengelakkan potensi berlaku kemalangan.
Baca : Orang Ramai Mula Jatuh & Hempap Orang Lain Macam Domino – Saksi Tragedi Halloween Seoul