Pernah Diserbu Sampai Beratur Panjang, Semua Cawangan Elews Mart Bakal Ditutup?

Tambah ke Sumber Pilihan
Pernah Diserbu Sampai Beratur Panjang, Semua Cawangan Elews Mart Bakal Ditutup?

Ketika di awal pembukaan pasar raya yang diusahakan oleh Ebit Lew iaitu Elews Mart, ramai yang begitu teruja untuk membeli-belah di situ.

Pada hari pertama pembukaan cawangan pasar raya terbabit, dilaporkan ramai yang datang mengunjungi sehingga sanggup untuk beratur panjang.


Ebit Lew pernah mengatakan pasar raya itu dibuka untuk memberi peluang pekerjaan di samping membantu golongan memerlukan.

Difahamkan, sebanyak 22 cawangan Elews Mart dibuka sekitar Selangor dan Kuala Lumpur sejak pembukaan cawangan pertamanya pada tahun 2020.

Artikel berkaitan: “Nak lihat orang ramai tersenyum” – Ustaz Ebit Lew Buka 10 Cawangan Pasaraya Murah Untuk Bantu Golongan Susah

Artikel berkaitan: “Saya cuma tolong je”- Membanggakan! Ustaz Ebit Lew Terima Anugerah Duta Muhibbah Palestin Dari Kerajaan Palestin

Namun, sejak belakangan ini ramai mendakwa beberapa cawangan Elews Mart tidak mempunyai pelanggan dan barangan semakin berkurangan.

Ada juga yang melihat beberapa cawangan pasar raya ini sudah ditutup namun masih menjadi tanda tanya adakah ia benar sudah ditutup operasi selamanya.

https://twitter.com/mspinkmyy/status/1757842708612460953

Terbaharu, laman Facebook SCRUT memaparkan sebuah notis yang memaklumkan Elews Mart bakal ditutup secara berperingkat bermula 15 Januari 2024.

Rangkaian pasar raya itu memaklumkan penutupan semua cawangan yang ditujukan kepada semua pembekal.

“Pihak kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat sepanjang kerjasama dijalankan untuk memastikan operasi cawangan kami berjalan lancar.

“Segala hutang tertunggak akan dilangsaikan selewat-lewatnya 30 Jun 2024,” tulis notis berkenaan.

Hmm, kita doakan yang baik-baik saja.

Sumber: Facebook

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Nisak
Lagi tulisan Nisak
Suka buat aktiviti lasak tapi tak tahu berenang.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Lihat di Instagram(buka di tab baharu)

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Bunyi Penggera Kecemasan Terus Ke Telefon, Rupanya Ini Teknologi Di Sebalik Tabir MySiren
  2. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
  3. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

Pernah Diserbu Sampai Beratur Panjang, Semua Cawangan Elews Mart Bakal Ditutup?
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/pernah-diserbu-sampai-beratur-panjang-semua-cawangan-elews-mart-bakal-ditutup/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM