in

“Saya cuma tolong je”- Membanggakan! Ustaz Ebit Lew Terima Anugerah Duta Muhibbah Palestin Dari Kerajaan Palestin

Cats 5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seperti yang diketahui ramai, Ustaz Ebit Lew sekarang ini berada di Gaza untuk melaksanakan misi kemanusiaan di sana. Korang tahu tak yang kumpulan Ustaz Ebit Lew juga merupakan kumpulan pertama di dunia yang dapat masuk ke Gaza melalui Pintu Rafah tau. Memang membanggakan betul!


Namun, sekali lagi Ustaz Ebit Lew membanggakan rakyat Malaysia apabila dia terima anugerah khas atas usaha dia ingin menolong rakyat Gaza.

 

Terima anugerah dari kerajaan Palestin

Menerusi posting yang dimuat naik oleh Ebit Lew di akaun Facebook miliknya semalam, dia berkongsi berita gembira tentang dia menerima anugerah Duta Muhibbah Palestin atau juga disebut Palestine Goodwill Ambassador daripada kerajaan Palestin.

Fb Post

Pemilik perusahaan ElewsMart ini meluahkan rasa terharu dan bersyukur terhadap anugerah yang diterima itu.

Ustaz Ebit Lew juga mengucapkan ribu terima kasih kepada semua individu yang banyak membantu dia untuk menjayakan misi kemanusiaan ini dan juga kepada semua individu yang sentiasa mendoakan kesejahteraan dirinya.

208457397 4383992228297655 1231629024446234795 N

Walaupun sudah terima anugerah, usahawan ini tetap merendah diri dengan beritahu yang dirinya cuma lakukan usaha yang sedikit sahaja jika dibandingkan dengan orang lain.

Dalam posting itu juga, Ebit Lew bercadang yang dia ingin bekerjasama dengan kementerian luar Palestin untuk menjalankan Projek Cultural-Exhibition of Heroism and Sacrifices.

205587952 4383992211630990 3361217337976134338 N

 

Ramai yang bangga 

Di ruangan komen, rata-rata netizen mengucapkan tahniah atas anugerah yang diberikan kepada Ustaz Ebit Lew dan diorang pun bangga dengan pencapaian usahawan tersebut yang sememangnya telah mengharumkan nama Malaysia di mata dunia.

Comment 1

Bangga betul dengan Ustaz Ebit Lew ni. Semoga Allah balas kebaikan yang dia beri dekat orang lain. Amin…

 

Sumber: Ebit Lew

Baca:”Kami team pertama dalam dunia masuk melalui Pintu Rafah”-; Ustaz Ebit Lew Akhirnya Berjaya Masuk Ke Gaza!

Capture 5

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.