in ,

“Nak lihat orang ramai tersenyum” – Ustaz Ebit Lew Buka 10 Cawangan Pasaraya Murah Untuk Bantu Golongan Susah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ustaz Ebit Liew cukup dikenali sebagai seorang pendakwah dan usahawan yang terkenal dengan sifat pemurahnya. Malah beliau tidak putus membantu golongan yang memerlukan walaupun terpalit dengan sedikit kontroversi sebelum ini apabila ada pihak yang mengecam usahanya itu. Tabahnya hati ustaz ni…


Namun itu tidak mematahkan niatnya untuk terus membantu golongan susah. Terbaru, dilaporkan Ustaz Ebit akan membuka 10 cawangan pasaraya yang menjual barangan murah, yang diharap dapat bantu golongan yang memerlukan.

Pohon doakan yer sahabatku semua. Doa semua sangat penting dalam usaha ini. Syukur 10 elewsMart dan DC kami sedang…

Posted by Ebit Lew on Selasa, 23 Jun 2020

Pasaraya yang bernama ElewsMart itu difahamkan mempunyai cawangan di Bandar Baru Bangi, Kajang, Cyberjaya, Sg Buloh, Balakong Cheras, Shah Alam, Damansara, Prima Gombak, Gombak Traders dan Subang Perdana.

Dari kecil saya bercita-cita nak jadi asbab kebaikan buat semua manusia. Nak Allah sayang. Nak reda Allah. Nak lihat senyuman lebih ramai orang.

Netizen turut meluahkan perasaan syukur dan berterima kasih kepada Ustaz Ebit Liew dengan usaha beliau untuk terus membantu golongan susah. Tidak kurang juga ada yang memberi ucapan akan terus kekal menyokong sifat murni beliau.

Diharapkan segala usaha Ustaz Ebit Liew ini sedikit sebanyak dapat membantu golongan yang kurang berkemampuan.

 

Baca: “Bukan nak riak”- Netizen Pertahan Tindakan Ustaz Ebit Liew Bantu Frontliners Walaupun Dipertikai Pendakwah Lain

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.