Perikatan Nasional Pertaruh 2 Bekas Ketua Pasukan Bola Sepak Kedah Untuk PRN

Tambah ke Sumber Pilihan
Perikatan Nasional Pertaruh 2 Bekas Ketua Pasukan Bola Sepak Kedah Untuk PRN

Demam Pilihan Raya Negeri (PRN) di 6 buah negeri semakin terasa. Menjelang hari penamaan calon dan hari membuang undi pada 12 Ogos ini, parti-parti politik mula mengorak langkah dengan mengumumkan calon-calon mereka untuk diletakkan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

Screenshot 2023 07 22 At 4.24.48 Pm

Terkini, Perikatan Nasional (PN) mengumumkan dua bekas ketua pasukan bola sepak Kedah sebagai calon taruhan mereka di negeri Kedah. Perkara itu telah dibayangkan oleh Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor walaupun tidak mendedahkan nama kedua-dua pemain itu.


Screenshot 2023 07 22 At 4.23.16 Pm

Namun, nama yang mungkin diumumkan itu berkemungkinan besar adalah Muhammad Radhi Mat Din dan Baddrol Bakhtiar.

Memetik laporan Sinar Harian, Sanusi yang juga Pengarah Pilihan Raya PN, memaklumkan, selain dua pemain bola sepak popular tersebut, PN Kedah juga akan mempertaruhkan dua ahli akademik bertaraf profesor sebagai calon gabungan itu, sementara sebahagian besar terdiri daripada golongan agamawan dan ulama.

Screenshot 2023 07 22 At 4.24.11 PmBeliau berkata demikian ketika berucap dalam program ceramah ‘Taujihat Pimpinan: Munajat perdana mohon keamanan dan menentang kezaliman’ di Dewan Al-Hana, Sik pada malam Khamis.

Baca: Ini Antara 5 Kontroversi Yang Pernah Berlaku Sejak DS Sanusi Jadi MB Kedah

Screenshot 2023 07 22 At 4.25.25 Pm

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Fahmy Rosli
Lagi tulisan Fahmy
Seorang Chef, pendengar muzik indie tanah air dan peminat tegar Kugiran Hujan. Optimis dan berwawasan. Motto hidup; “Mana ada perjuangan yang patah”.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Bunyi Penggera Kecemasan Terus Ke Telefon, Rupanya Ini Teknologi Di Sebalik Tabir MySiren
  2. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
  3. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

Perikatan Nasional Pertaruh 2 Bekas Ketua Pasukan Bola Sepak Kedah Untuk PRN
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/perikatan-nasional-pertaruh-2-bekas-ketua-pasukan-bola-sepak-kedah-untuk-prn/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM