in

Ini Antara 5 Kontroversi Yang Pernah Berlaku Sejak DS Sanusi Jadi MB Kedah

Collage 23

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak dilantik sebagai Menteri Besar Kedah ke-14 pada Mei 2020 yang lalu, Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi Md Nor ini tak pernah lekang dari kontroversi.


Malah baru-baru ni beliau telah dihadapkan di Mahkamah Sesyen Selayang atas dua pertuduhan menghasut ketika memberikan ceramah politik. Bagaimanapun, Sanusi telah membuat pengakuan tidak bersalah selepas pertuduhan tersebut dibacakan ke atasnya.

Latar belakang

903542.Jpg

Sanusi dilahirkan di Sik, Kedah dan merupakan anak ketujuh dari 15 adik beradik. Beliau telah menerima pendidikan awal di Sekolah Rendah Batu 5, Sik dan di Sekolah Menengah Derma, Kangar Perlis serta Sekolah Menengah Sains Sultan Mohamad Jiwa di Sungai Petani sebelum mendapat Ijazah Sarjana Muda Sastera dalam Sains Sosial dari Universiti Sains Malaysia.

Di arena politik pula, Sanusi penah dilantik sebagai Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Kedah, Tan Sri Azizan Abdul Razak ketika PAS mentadbir negeri itu dari tahun 2008 sehingga 2013. Selain itu, beliau juga pernah dipilih sebagai Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat sebelum dilantik sebagai Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS untuk penggal kedua.

Kontroversi

1. Penemuan mineral

Pada tahun pertama Sanusi menjalankan tugas sebagai Menteri Besar Kedah, beliau telah mengumumkan bahawa negeri pimpinannya itu telah menandatangani perjanjian dengan syarikat yang berpusat di Kuala Lumpur untuk mengekstrak unsur hasil bumi yang ditemui di Sik, Ulu Muda dan Baling.

Namun begitu, ketika sidang media dibuat, Sanusi telah tersalah cakap dan mengatakan bahawa sumber mineral yang ditemui di Kedah ini dijangka bernilai sehingga RM43 trilion.

Jelasnya angka tersebut telah mengundang pertanyaan orang ramai yang merasakan jumlah tersebut terlaku banyak dan tak masuk akal.

Ekoran ini, Sanusi mengaku bahawa dia dah tersalah cakap mengenai jumlah penemuan tersebut dan anggaran sebenar adalah RM62 bilion.

Dikatakan, kontroversi ini sengaja dibangkitkan bagi mengalihkan perhatian orang ramai mengenai kompaun RM500,000 yang dikeluarkan oleh Pengarah Tanah dan Galian Kedah kepada pentadbirannya berhubung dakwaan kecurian mineral hasil bumi di Kampung Chong, Kedah pada Oktober tahun yang sama.

Sumber: TRP

2. Kontena mayat Covid-19

Pada Ogos 2021, tular di media sosial sedutan video sidang media Sanusi yang dibuat untuk memberikan perkembangan mengenai kes Covid-19 di Kedah pada ketika itu.

Dalam video tersebut, kenyataan Sanusi telah menjadi kontroversi apabila beliau menyebut “Kontena jenazah mencukupi, siapa nak masuk, bagi nama.”

Gurauannya itu telah mengundang banyak kecaman dari netizen yang menyifatkan beliau sebagai tidak sensitif dengan penularan wabak tersebut yang telah meragut banyak nyawa.

Namun begitu, Sanusi telah pun membuat permohonan maaf kepada pihak yang tersinggung dan terasa hati berhubung kenyataan beliau itu. Beliau mengatakan jawapan tersebut hanyalah gurauan kepada kumpulan wartawan yang memahami karakternya.

PC semalam yang ‘top‘nya tentang gurauan itu sahaja, di luar konteks yang sebenar, oleh kerana ada pihak yang tersinggung, terasa hati dengan gurauan itu, saya ambil kesempatan pagi ini untuk memohon maaf, kepada pihak yang tersinggung.

“Saya ingin menyatakan saya hanya bergurau dengan adik-adik wartawan yang telah jadi sebahagian daripada keluarga saya, depa tahu saya punya karakter.

“Oleh kerana masuk dalam kamera, nasib saya, ramai yang menghantar mesej mencela, tapi saya terima sebagai adat dalam kerjaya saya, ada yang suka ada yang benci, tapi saya sayang semua orang.”

Sumber: Awani

3. Perang TMJ-Sanusi

“Perang” di antara Sanusi sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) dan pemilik Johor Darul Takzim (JDT), Tunku Ismail Idris yang juga merupakan Tengku Mahkota Johor (TMJ) pernah menjadi bualan hangat peminat bola sepak Malaysia.

Perbalahan ini bermula sejak TMJ mengutarakan mengenai isu tunggakan gaji membabitkan pasukan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) pada tahun 2021.

Sejak dari itu, Sanusi sering melontarkan sindiran ke atas pasukan Harimau Selatan dan TMJ juga tidak mendiamkan diri dan turut membalas kenyataan Menteri Besar Kedah ini di media sosial.

Screenshot 2023 07 20 At 12.42.34 Pm

Screenshot 2023 07 20 At 12.42.46 Pm

Screenshot 2023 07 20 At 12.42.57 Pm

1597655

4. Pulau Pinang milik Kedah

Beberapa bulan lepas, Sanusi telah mendakwa bahawa Pulau Pinang adalah milik Kedah. Menurutnya, tiada tuntutan perlu dibuat ke atas Pulau Pinang kerana ia memang sejak azali kepunyaan Kedah.

Yang saya tahu Pulau Pinang itu Kedah punya. Jadi tak dak la sempadan Kedah-Pulau Pinang tu, sempadan negeri kita dok sebelah pulau sana, dengan Perak mungkin ada.”

Dakwaan ini telah menyebabkan ramai yang mengecam menteri besar ini. Malah Pengerusi DAP, Lim Guan Eng turut menyeru penduduk Pulau Pinang untuk membuat laporan mengenai kenyataan Sanusi ini.

Manakala, Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi mengatakan kenyataan yang dibuat oleh Sanusi itu menunjukkan bahawa Menteri Besar tersebut mempunyai pengetahuan dan pemahaman yang rendah tentang sejarah dan Perlembagaan negara.

Sumber: FMT

5. Dakwaan hina Sultan Selangor

Pada 11 Julai lalu di dalam satu ceramah politik yang diadakan di Selayang, Sanusi didakwa telah merendahkan serta membandingkan Sultan Selangor dan Sultan Kedah.

Dalam ceramah tersebut, Sanusi mengatakan, sultan yang hebat tidak akan melantik Menteri Besar seperti Amirudin Shari.

Hebatnya Sultan Kedah ni, bukan koman koman. Sultan tara tu angpa bayang, hang tengok Menteri (Besaq) la ni. Sultan hebat lagu tu tak akan pilih Menteri Besaq cokia macam Amir tu. Inci pun tak berapa cukup.”

Ekoran dari ini, banyak laporan polis telah dibuat ke atasnya termasuk laporan dari Ahli-Ahli Dewan di-Raja Selangor.

Menurut Setiausaha Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani, Sultan Sharafuddin beranggapan kenyataan Muhammad Sanusi juga mempertikaikan kewibawaan baginda memilih menteri besar.

Selasa lalu, Menteri Besar Kedah ini telah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Selayang atas dua pertuduhan melakukan perbuatan yang mempunyai kecenderungan menghasut yang mempunyai kecenderungan untuk membangkitkan perasaan tidak setia terhadap mana-mana Raja.

Sanusi, membuat pengakuan tidak bersalah itu selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Nor Rajiah Mat Zin dan Hakim Osman Affendi Mohd. Shalleh.

Kedua-dua mahkamah kemudian membenarkan Muhammad Sanusi diikat jamin sebanyak RM10,000 bagi kedua-dua pertuduhan itu dengan dua penjamin yang berlainan dan tertuduh tidak dibenarkan membuat sebarang hantaran sehingga kes selesai.

Mahkamah kemudian menetapkan 4 Oktober ini sebagai sebutan semula kes.

Sumber: Kosmo

Tapi bila tengok balik, ramai jugak rakyat kedah yang sokong Sanusi ni. Mungkin Kedah di bawah pentadbiran Sanusi ni terjaga. Kalau tak, takkan boleh menang pilihanraya kan? Apa-apa pun, semoga Malaysia aman dan harmoni ya.

Baca: Sanusi Dakwa Pulau Pinang Milik Kedah? Ini Sejarah Pulau Pinang Yang Korang Perlu Tahu!

Collage 5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.