in

[TERKINI] DUN Johor Bubar Secara Rasmi Hari Ini, Beri Laluan Untuk PRN Ke-16

Collage 4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Terkini, Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor telah dibubarkan berkuat kuasa hari ini, sekali gus membuka laluan kepada proses Pilihan Raya Negeri (PRN) yang baharu.

Menteri Besar Johor, Onn Hafiz Ghazi memaklumkan bahawa keputusan tersebut dibuat selepas menerima perkenan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail, pada pagi tadi.


Langkah ini jadi pembuka tirai fasa politik baharu di Johor, dengan semua perhatian kini tertumpu kepada persiapan pilihan raya yang bakal menyusul tak lama lagi.

Tb Onn Hafiz Ghazi Awani

Artikel berkaitan: Khairy Jamaluddin Bakal Sertai UMNO Semula?

Artikel berkaitan: Calon PKS DUN Kiulu Pengsan Ketika Penamaan Calon PRN Sabah

“Watikah pembubaran DUN Johor Ke-15 telah diperkenankan berkuat kuasa hari ini selaras Undang-Undang Tubuh Negeri Johor. Pembubaran ini dibuat bagi memberi laluan kepada proses demokrasi.”– katanya

Beliau berkata, keputusan itu dibuat dengan tujuan untuk memastikan rakyat Johor terus menikmati sebuah kerajaan yang stabil dan kukuh.

Dalam masa yang sama, harapan turut disuarakan agar keharmonian serta semangat muafakat dalam kalangan rakyat Johor kekal terpelihara dan terus menjadi kekuatan negeri ini.

“Semoga Allah SWT memelihara negeri Johor, melindungi rakyat serta dikurniakan kestabilan, kemakmuran dan keberkatan,”– katanya lagi

Terdahulu, dalam keputusan PRN Johor ke-15 yang diadakan pada Mac 2022, Barisan Nasional (BN) mendominasi dengan memenangi 40 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri.

Manakala Pakatan Harapan (PH) memperoleh 12 kerusi, diikuti Perikatan Nasional (PN) yang memenangi 3 kerusi.

Sumber: Astro Awani 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.