in

“Perginya putera sulung ummi…” – Remaja 16 Tahun Penghantar Makanan Maut Dirempuh Bas Persiaran Di Bayan Lepas

Bas Rempuh

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Menyayat hati… Semalam viral beberapa buah video di Twitter yang menunjukkan sebuah bas persiaran di Bayan Lepas, Pulau Pinang telah merempuh motosikal dekat persimpangan lampu isyarat hingga menyebabkan penunggang tersebut meninggal dunia. 


 

Bas hilang kawalan akibat masalah brek? 

Menurut Harian Metro, siasatan awal mendapati bas tersebut yang datang dari arah Persiaran Kelicap ke Bayan lepas pada mulanya telah bergesel dengan sebuah kereta dekat parkir tepi jalan sebelum melanggar Suzuki Swift yang sedang membelok ke kanan.

Namun bas yang gagal dikawal tu telah melanggar sebuah lagi motosikal dekat parkir bahu jalan sebelum terus ke lampu isyarat dekat Jalan Dato’ Ismail Hasyim.

sumber: twitter

Sebaik sampai saja di persimpangan tersebut, bas terbabit telah melanggar motosikal mangsa yang sedang berhenti di lampu isyarat sebelum merempuh tembok batu pagar dekat perumahan berdekatan. Allahuakhbar!

Hasil siasatan polis mendapati bas berkenaan hilang kawalan akibat masalah brek dan pemandunya pulak kini ditahan dan akan jalani ujian saringan awal air kencing.

sumber: twitter

 

Mangsa pelajar sekolah, kerja part time di restoran makanan segera 

Agak menyedihkan jugalah bila siasatan mendapati mangsa yang terbabit dalam kemalangan lampu isyarat Setia Triangle ini merupakan seorang pelajar di sebuah sekolah menengah dekat Sungai Ara, Bayan Lepas, Pulau Pinang. 

Ketua Polis Daerah Barat Daya Superintendan A. A Anbalagan yang mengesahkan perkara itu berkata mangsa dikenali sebagai Muhammad Saifullah Muhammad Hafiz, 16 tahun yang meninggal di tempat kejadian akibat cedera parah.

75029112 2529729984017697 2585982525973200896 N
sumber: facebook

Mangsa yang bekerja part time dekat restoran makanan segera tu sebenarnya dalam perjalanan untuk menghantar makanan kepada pelanggan sebelum dirempuh bas.

Menurut sebuah gambar WhatsApp yang viral di Facebook, mangsa juga anak sulung daripada 7 orang adik beradik dan bekerja sebagai runner untuk bantu keluarganya yang susah. Allah… 

74674434 2529730027351026 1830436210250612736 O
sumber: facebook

 

“Perginya putera sulung ummi…” 

Dalam pada itu, ibu mangsa telah berkongsi kesedihannya di Facebook atas pemergian anak lelakinya tersebut. Rata-rata netizen sebak dengan luahan ibu mangsa itu. Harap puan bertabah ya… 

12.06.03 – 07.11.19.. perginya putera sulung ummi Muhammad Saifullah kepada penciptanya… Ummi xkuat chaq… Chaq la…

Posted by A'ina Cookies on Thursday, November 7, 2019

Apa-apapun marilah kita sedekahkan Al-Fatihah buat mangsa dan semoga keluarganya tabah hadapi dugaan ini. 

Baca: “Abi… abi…” – Anggota Polis & Isteri Maut Kemalangan, Netizen Sebak Lihat Anak 2 Tahun Meratap Kematian Ibu Ayah

Eccident

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.