“Abi… abi…” – Anggota Polis & Isteri Maut Kemalangan, Netizen Sebak Lihat Anak 2 Tahun Meratap Kematian Ibu Ayah

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Tragis dan menyayat hati. Semalam, seorang anggota polis, Muhammad Syakiran Shamsudin, 30 dan isterinya, Nurul Asyikin Kamarudin, 28, dilaporkan maut dalam kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan ke tempat kerja di Jalan Raja Laut. 

Menurut Harian Metro, kejadian yang berlaku pada jam 8.30 pagi ini terjadi apabila motosikal yang dipandu mangsa merempuh belakang lori di susur keluar Jalan Syed Putra.

Kemalangan di Jalan Syed Putra | Sumber: Harian Metro

Lebih memeritkan, menurut laporan bedah siasat semalam, Nurul Asyikin rupanya sedang mengandungkan anak kembar dan kandungan arwah sudahpun berusia 2 bulan. Allah…

Mangsa berdua juga meninggalkan seorang cahaya mata lelaki, Muhammad Arfan Ziqri yang berusia 22 bulan.

Sumber: Facebook

 

Jenazah tiba di rumah keluarga, suasana berubah hiba bila anak mangsa sebut ‘Abi’ 

Selesai bedah siasat, jenazah pasangan suami isteri terbabit dibawa ke rumah keluarga Muhammad Syakiran di Kampung Repek, Bachok sekitar jam 1.01 pagi dengan dua van milik PDRM.

Suasana tiba-tiba berubah hiba apabila ketibaan jenazah diiringi tangisan ahli keluarga selain anak tunggal mangsa, Muhammad Arfan Rizqi asyik menyebut, ‘abi… abi…’ memanggil arwah bapanya. Sedihnya… 

Posting dari Facebook Info Ibu Hamil berkongsi gambar menyayat hati anak tersebut meratapi jenazah kedua ibu bapanya.

Sumber: Facebook

Melalui gambar terbabit, Arfan yang baru berusia 2 tahun tu dilihat masih tak mengerti apa-apa di samping dia kelihatan bermain dekat dengan jenazah mangsa berdua.

 

“Terbayang anak sendiri kalau kita dengan suami tak ada…” 

Rata-rata netizen yang melihat posting di atas ternyata terkesan dengan apa yang menimpa keluarga tersebut. Semuanya berdoa semoga anak mangsa tabah dalam menghadapi dugaan dan membesar menjadi anak yang soleh.

Sumber: Facebook

Al-fatihah…. pagi-pagi dah sebak admin dibuatnya. 

Baca: “Nampak accident dekat FB” – Lelaki Kahwin Dengan Mayat Tunang, Maut Kemalangan Sebulan Sebelum Majlis

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Syaida Ismail

Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!