“Pergi tandas cuci muka” – Kronologi Sebelum Kematian: Cuba Kejut Ashraf Lepas Balik Indonesian Idol, Tapi Tiada Respon

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Sebaik mendapat khabar berita pemergian Ashraf Sinclair, beberapa rakan artis sempat datang ke rumah pasangan itu bagi memberikan penghormatan terakhir.

Antara yang dilihat sempat menziarahi jenazah sebelum dikebumikan adalah Maia Estianty, bekas isteri Ahmad Dhani. Ketika keluar dari kediaman Ashraf dan Bunga itu sudah tentunya dia dikerumuni wartawan memandangkan media tidak dibenarkan untuk masuk ke dalam.

Sumber: Tribun

Masing-masing mahu bertanya tentang perkembangan atau apa sahaja berita membabitkan pemergian Ashraf pagi ini. Maia sempat membuka mulut dan menceritakan kronologi sebelum kematian Ashraf seperti yang diketahuinya dari sumber terdekat.

 

Bunga mahu rehat selepas balik kerja

Menurut Tribun, Maia memberitahu semuanya berlaku ketika Bunga yang terbabit dengan komitmen menjadi juri dalam rancangan nyanyian Indonesian Idol pulang ke rumah selepas habis kerja.

Cerita dari di dalam sih (orang dalam), jadi pas mau istirahat semalam abis dari bekerja di Indonesian Idol. Ashraf ditinggal Unge (Bunga Citra Lestari) untuk bersihin muka.”

 

Cuba kejut tapi tiada respon

Seperti diketahui ramai, Ashraf tidak mempunyai masalah kesihatan sebelum ini dan dalam keadaan sihat sebelum meninggal dunia. Selepas membersihkan muka, Bunga dikatakan cuba untuk mengejut Ashraf namun suaminya tidak memberi respon.

Sebelum meninggal, dia (Ashraf) tidak sakit. Dia sehat enggak ada masalah (kesihatan) apapun.”

Pas mau pesan mie instan, abis bersihin muka Unge coba bangunin Ashraf, tapi enggak bangun. Jadi peristiwa sangat cepat.”

Sumber: Instagram

Baca: “Bener-bener cinta sejati” – 11 Tahun Kahwin, Ashraf & BCL Jadi #RelationshipGoals Sebab Tak Pernah Ada Gosip Panas

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Sue Idris

Seorang ibu. Siapa cakap anak aku tak comel siap eh!