Seorang ibu muda di Ukraine tergamak meninggalkan dua anaknya yang masih kecil bersendirian untuk keluar ‘berseronok’ dengan teman lelakinya, lapor Daily Mail.
Vladislava Trokhimchuk, 23, telah dijatuhkan hukuman penjara 8 tahun atas kesalahan membunuh selepas anak lelakinya, Danill, 1 tahun meninggal dunia kerana kebuluran manakala anak perempuannya, Anna, 3 tahun disahkan mengalami kekurangan zat.
Dua beradik itu telah ditinggalkan selama 11 hari di dalam bilik mereka dan tidak dapat keluar untuk ke dapur sebab ibu mereka menggunakan sehelai tuala untuk menahan pintu daripada terbuka.
Anak perempuannya itu dikatakan terselamat dan tidak mati kerana dia sempat meminum air dari sebuah pasu di dalam bilik tu. Selama 11 hari itu, mereka terlalu lapar sehingga terpaksa memakan wallpaper, penutup plaster dan keadaan jadi lebih teruk bila kedua-duanya sampai terpaksa makan tahi mereka sendiri.
Menurut pihak polis, mereka menemui kesan gigitan kanak-kanak itu di dinding dan mereka juga telah cuba mengoyakkan linoleum dari lantai untuk membuka jurang di bawah pintu dalam percubaan keluar dari situ.
Lebih menyakitkan hati, Vladislava dikatakan sengaja membiar anaknya kebuluran dan sempat muat naik gambar kanak-kanak tu di media sosial untuk meraih simpati netizen.
Dia menipu dengan mengatakan salah seorang disahkan mempunyai tumor yang boleh menyebabkan kematian hanya untuk mendapat duit atas simpati orang lain. Sebab tu dia biar anak dia kebuluran dan kurang nutrisi untuk nampak lagi ‘real‘.
Lepas tu, dia tinggalkan kedua-dua anaknya dan keluar berseronok dengan teman lelaki, Anton Podchapko serta bayi perempuan bernama Sofia hasil hubungan yang dijalinkan.
Meskipun anaknya maut dan kurang nutrisi, dia bagaimanapun dikatakan tidak menunjukkan tanda-tanda penyesalan atau bersedih. Selepas hakim membacakan hukuman, Vladislava terus tertawa dan menepuk tangannya.
Difahamkan, Anna kini menanti pasangan yang mahu menjadikannya sebagai anak angkat manakala Vladislava dibenarkan untuk menjaga anak bongsunya, Sofia selepas dibebaskan dari penjara.
Baca: Budak 2 Tahun Mati Kebuluran Sebab Ibu Habiskan Gaji Untuk Boyfriend & Berfoya