in

Percaya Sangat Ubat Jual Dari IG, Dari Kurus Kering Terus Badan Bengkak

Page 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tak faham kenapa masih ramai lagi yang berani membeli ubat-ubatan dan supplemen daripada peniaga online.


Sudahlah tak ada pengesahan daripada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia, berani pula dakwa ubat yang dijual tu mampu berikan hasil terbaik.

Beli ubat gemuk dari penjual di Instagram

Seorang wanita mendedahkan adiknya telah membeli beberapa jenis ubat daripada penjual di Instagram untuk menggemukkan badannya.

Menurut Hanna, perkara itu hanya disedari apabila mendapati muka adiknya membengkak teruk apabila dia pulang ke kampung.

Drugs
sumber: twitter

Risau dengan keadaan adiknya, Hanna tambah terkejut apabila rupanya si adik membeli sebungkus plastik besar daripada peniaga tak bertanggungjawab itu.

Dan telah habis dimakan separuh daripadanya!

Drugs 2
sumber: twitter

Bukan pertama kali beli barang online

Kecewa, Hanna cuba mendapatkan maklumat daripada Twitter untuk mengesahkan kerisauannya.

Katanya lagi, ini bukanlah pertama kali adiknya mempercayai dan mencuba apa saja dijual oleh peniaga di Instagram.

Drugs 3
sumber: twitter

Menurutnya, si adik sangat kurus seperti chopstick jadi mungkin ini antara caranya untuk menaikkan berat badan.

D X3Cu8Ucaa9Psn
sumber: twitter

Nasib baiklah ada kakak yang cepat aware dan prihatin dalam kes ni sebelum jadi apa-apa lebih teruk.

Dia perlu segera dapatkan rawatan perubatan!

Salah satu respon daripada seorang lelaki mendakwa dirinya seorang doktor menyebut, ubat itu mengandungi antihistamin dan steroid.

Jadi dia perlu segera dapatkan rawatan perubatan di hospital!

Drugs 5
sumber: twitter

Ini juga turut disokong oleh seorang lagi netizen yang menasihati agar mereka menceritakan perkara sebenar supaya mudah dibantu.

Drugs 4
sumber: twitter

Steroid tinggi, masuk hospital!

Alamak seramnya! Dah kalau doktor kata stop dan kena pergi hospital cepat, nak kata lagi?

Eh, siap ada yang meninggal dunia sebab silap ambil ubat.

Drugs 6
sumber: twitter
Drugs 1
sumber: twitter

Kalau korang sayangkan diri sendiri, tolong jangan beli ubat-ubatan dari sumber tak bertauliah.

Pergi sahaja ke hospital dan dapatkan ubat-ubatan dari mereka yang berkredibiliti dan sah. Sayangi nyawa anda!

Baca: “Hancur berderai hati kami..” – Anak Kecewa Mak Ayah Tetap Beli Ubat Supplement Dari Penjual Keparat

Page

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.