Setiap anak pasti mahu membalas jasa ibubapa apabila mereka semakin dimamah usia.
Kalau boleh, tiada siapa yang mahu mak ayah jatuh sakit atau dimasukkan ke hospital sebab pengalaman tu sangat menyakitkan.
Penjual bohong pada mak, ayah
Tapi bayangkan penat lelah anak-anak memastikan ibubapa mereka sihat dan diberikan wang bagi membeli makanan sihat, dibazirkan.
Hanya kerana terlalu mempercayai kata-kata penjual ubat supplement yang tak bertauliah.
Itulah apa yang dimuatnaik oleh Dr. Rusyainie Ramli, salah seorang doktor tempatan yang terkenal dengan usahanya berkongsi ilmu perubatan dan membanteras isu ubat supplement.
Luahan dipercayai daripada salah seorang pengikutnya itu telah mengecam tindakan penjual ubat yang cuma mementingkan duit daripada membantu orang tua yang sakit.
Ubat tradisional claim mampu sembuhkan banyak penyakit
Menurut luahan itu, ibu ayahnya telah membeli herba tradisional yang didakwa mampu mengubati penyakit gout, sakit sendi, lutut, resdung dan rawatan wanita bersalin.
Lebih memeritkan, ibu ayah kata makan ubat berkenaan buatkan badan mereka lebih sihat. Sedangkan tak ada dinyatakan ingredient ubat pun!
Sampai hati korang sanggup tipu orang-orang tua umur macam ni, claim ubat tu boleh sembuhkan banyak penyakit.
Berani tanggung risiko ye?
“Mak ayah kata makan ubat ni, badan rasa sedap”
Kalaulah mereka tahu kandungan steroid dalam ubat tu, pasti ibu ayah takkan makan.
Sedih tengok ubat-ubatan yang disahkan oleh Kementerian Kesihatan terbuang begitu saja, semuanya sebab percayakan kata-kata dusta.
Sebagai anak, pastinya berasa sangat kecewa. Lebih-lebih lagi, ibubapanya menyerahkan bulat-bulat kepada penjual.
Entah apalah yang ditaburkan pada orang tua tu sampaikan ubat hospital pun ditolak ke tepi.
“Nak marah, mak ayah nanti kata kami ni melawan”
Bukan tak dinasihatkan kedua-dua orang tu. Berbuih dah segala nasihat diberikan tapi tak dengar juga.
Nak marah, nanti dikatakan melawan orang tua pula. Penatnya jadi anak ni.
Bahagia ke membuat duit hasil merosakkan tubuh badan? Cuba letakkan diri kita sebagai ahli keluarga pakcik makcik tu. Tak kesiankah korang?