Perancis Tekad Iktiraf Palestin Sebagai Negara Berdaulat

Tambah ke Sumber Pilihan
Palestin

Menteri Luar Perancis, Jean-Noel Barrot menegaskan pendirian kukuh negaranya untuk mengiktiraf Negara Palestin dalam usaha menyokong penyelesaian dua negara yang adil dan berkekalan.

Screenshot 2025 06 14 At 2.21.51 Pm

Beliau menyatakan perkara itu dalam ucapan bertajuk “Paris Call for the Two-State Solution, Peace and Regional Security” anjuran Forum Keamanan Paris.


Memetik laporan Astro Awani, Barrot berkata sudah tiba masanya untuk membawa penyelesaian politik kepada rakyat Palestin, sambil menekankan komitmen Perancis untuk menegakkan hak rakyat Palestin menentukan nasib sendiri melalui pengiktirafan negara mereka.

Barrot juga memaklumkan bahawa isu ini akan menjadi tumpuan dalam persidangan yang dijadual berlangsung hujung bulan ini di New York, dianjurkan oleh Perancis dan Arab Saudi dengan sokongan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Beliau berkata penyelesaian politik yang dicadangkan bukan sahaja melibatkan penubuhan sebuah negara Palestin yang berdaya maju dengan tadbir urus baharu, malah turut menjamin keselamatan rakyat Israel dan Palestin secara menyeluruh.

Artikel berkaitan: Media Iran Laporkan Israel Serang Ibu Pejabat Kementerian Pertahanan Di Tehran

Artikel berkaitan: Laporan Undang-undang Terhadap Israel Akan Dibentangkan Di Kesatuan Eropah Bulan Ini

Screenshot 2025 06 14 At 2.22.14 Pm

Dalam ucapannya, beliau turut menyeru kepada komuniti antarabangsa agar menunjukkan keberanian dan tindakan kolektif demi menuju ke arah keamanan.

Beliau mengulangi gesaan kepada gencatan senjata segera, pembebasan semua tawanan tanpa syarat serta penghantaran bantuan kemanusiaan ke Gaza secara besar-besaran tanpa halangan.

Barrot juga melahirkan kebimbangan terhadap ancaman yang semakin meningkat terhadap penyelesaian dua negara akibat tindakan unilateral, peluasan penempatan, kebencian mendalam serta keruntuhan proses damai.

Katanya, terlalu ramai orang awam menjadi mangsa konflik di Gaza yang kini berlarutan terlalu lama.

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Fahmy Rosli
Lagi tulisan Fahmy
Seorang Chef, pendengar muzik indie tanah air dan peminat tegar Kugiran Hujan. Optimis dan berwawasan. Motto hidup; “Mana ada perjuangan yang patah”.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Bunyi Penggera Kecemasan Terus Ke Telefon, Rupanya Ini Teknologi Di Sebalik Tabir MySiren
  2. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
  3. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

Perancis Tekad Iktiraf Palestin Sebagai Negara Berdaulat
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/perancis-tekad-iktiraf-palestin-sebagai-negara-berdaulat/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM