Media Iran Laporkan Israel Serang Ibu Pejabat Kementerian Pertahanan Di Tehran

Tambah ke Sumber Pilihan
Tehran

Israel didakwa melancarkan satu lagi serangan udara pada awal pagi Ahad yang menyasarkan ibu pejabat Kementerian Pertahanan Iran di Tehran.

Menurut laporan agensi berita Tasnim yang dipetik oleh Anadolu Ajansi (AA), serangan itu berlaku di kawasan Nobonyad dan mengakibatkan kerosakan kecil pada sebuah bangunan pentadbiran yang terletak dalam kompleks Kementerian Pertahanan dan Logistik Angkatan Tentera Iran.


Setakat ini, pihak Kementerian Pertahanan Iran belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung insiden tersebut.

Screenshot 2025 06 15 At 12.01.02 Pm

Artikel berkaitan: Norway Enggan Bertemu Israel Untuk Pusingan Kelayakan Piala Dunia 2026

Artikel berkaitan: Perancis Tekad Iktiraf Palestin Sebagai Negara Berdaulat

Memetik laporan Astro Awani, serangan ini berlaku hanya beberapa hari selepas serangan terdahulu oleh tentera Israel pada pagi Jumaat yang menyasarkan beberapa kemudahan strategik Iran termasuk kemudahan nuklear dan peluru berpandu.

Serangan itu juga dipercayai telah meragut nyawa beberapa komander tentera dan saintis kanan negara tersebut.

Sebagai tindak balas terhadap tindakan Israel, Iran bertindak melancarkan peluru berpandu balistik ke arah beberapa lokasi di wilayah pendudukan Israel.

Serangan balas ini dilaporkan mengakibatkan beberapa kematian dan kecederaan, selain menyebabkan kerosakan pada beberapa bangunan.

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Fahmy Rosli
Lagi tulisan Fahmy
Seorang Chef, pendengar muzik indie tanah air dan peminat tegar Kugiran Hujan. Optimis dan berwawasan. Motto hidup; “Mana ada perjuangan yang patah”.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Bunyi Penggera Kecemasan Terus Ke Telefon, Rupanya Ini Teknologi Di Sebalik Tabir MySiren
  2. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
  3. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

Media Iran Laporkan Israel Serang Ibu Pejabat Kementerian Pertahanan Di Tehran
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/media-iran-laporkan-israel-serang-ibu-pejabat-kementerian-pertahanan-di-tehran/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM