Peragut Maut Selepas Mangsa Kejar dan Langgar Motorsikal Ketika Cuba Memberhentikannya

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Memandangkan jenayah meragut semakin berleluasa, kita sebagai rakyat yang patuh dengan undang-undang pasti akan berasa marah dengan kejadian yang berlaku.

Baru-baru ini, seorang pelajar antarabangsa dari Yemen berniat mahu mendapatkan semula barangannya yang telah dicuri namun ketika berbuat demikian, dia tanpa sengaja telah membunuh pencuri itu. Alamak.

Sumber: The Star

Menurut World of Buzz, insiden itu dilaporkan berlaku pada 30 Julai kira-kira jam 3.30 pagi di kawasan Seri Kembangan, Serdang. Rupa-rupanya, pelajar itu sedang makan di mamak berdekatan ketika peragut itu mencuri beg sandangnya.

Peragut itu kemudian melarikan diri dengan motorsikal namun pelajar tersebut yang berasa sangat marah dengan apa yang berlaku segera menaiki kereta untuk mengejarnya.

Bagaimanapun, selepas mengejar sejauh 3 kilometer, dia berjaya mengekori motorsikal tersebut dan ketika mahu memberhentikan pencuri itu, dia telah melanggar kenderaan berkenaan berdekatan lampu isyarat.

Perlanggaran itu telah menyebabkan pencuri serta motorsikal tersebut jatuh atas jalan raya dan pencuri berkenaan mengalami kecederaan teruk di bahagian kepala serta disahkan meninggal dunia.

Sumber: Chinapress
Sumber: Chinapress

Polis Serdang mengesahkan insiden itu dan telah menahan pelajar tersebut untuk membantu siasatan. Menurut The Star, Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Megat Mohamad Aminuddin Megat Alias berkata,

“Pencuri itu mempunyai rekod serangan, ugutan jenayah dan kesalahan dadah.”

Mereka memaklumkan bahawa siasatan akan dijalankan di bawah Seksyen 304 Kanun Keseksaan, kerana membunuh tanpa niat.

Sumber: Chinapress

Kes ini menjadi perbualan hebat netizen dan ada yang mengatakan bahawa pelajar itu tidak bersalah mengejar penjenayah tersebut kerana hanya mahu mendapatkan barangannya semula. Ada juga yang berkata pencuri itu tidak seharusnya mati dengan cara sebegitu.

Apa pendapat anda tentang insiden ini?

Baca: “Hari ini sahaja sudah ada 8 kes ragut di Bangsar”

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Sue Idris

Seorang ibu. Siapa cakap anak aku tak comel siap eh!