in

“Hari ini sahaja sudah ada 8 kes ragut di Bangsar”

1 19

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seperti yang semua orang tahu, Bangsar memang amat sinonim dengan kes-kes ragut namun sejak kebelakangan ini semakin menjadi-jadi kes jenayah di kawasan tersebut.


Pada 19 Jun, seorang wanita bernama Vivian telah menjadi mangsa terbaru kes ragut semasa dia sedang bersiar-siar di Bangsar.

Semasa waktu kejadian sekitar jam 4.30 petang, Vivian berada dalam perjalanan ke arah keretanya yang terletak berhampiran dengan Hong Leong Bank di Jalan Telawi.

2 17
Sumber : foursquare

Dia pilih untuk merentasi lorong berhadapan Coffee Coffea kerana itu jalan terdekat untuk menuju ke keretanya. Kemudian dia terdengar bunyi motor dari belakang yang sedang menghala ke arahnya.

Tiba-tiba dia rasa ditolak dari belakang dan terus jatuh ke atas jalan. Peragut cuba untuk mengambil beg gadis itu namun gagal kerana tali beg itu tidak dapat diputuskan. Mereka terus beredar dari tempat kejadian selepas gagal meragut beg gadis itu.

Mujur Vivian hanya mengalami kecederaan ringan seperti lebam dan luka di bahagian dahi, tangan dan lutunya. 

6 E1498038985506
sumber : facebook
4 10
Sumber : facebook
3 15
sumber : facebook

Saya telah jatuh bersebelahan sebuah kereta dan pemandunya yang ketika itu bersama keluarganya telah menyaksikan seluruh insiden. Dia bergegas ke arah saya untuk menolong”

Gadis itu memberitahu pemandu berikut supaya jangan tinggalkannya seorang diri kerana takut jika peragut itu akan kembali untuk mencuri begnya sekali lagi. Pemandu itu juga telah menghantar Vivian ke balai polis berdekatan untuk membuat laporan.

Pihak polis berkata hari ini sahaja sudah ada 8 kes ragut di Bangsar/Brickfield. Saya selalu baca tentang kes ragut di berita dan Facebook tetapi saya tidak menyangka ia akan berlaku pada saya.”

Semoga Vivian cepat sembuh dari kecederaannya dan mudah-mudahan pihak polis dapat tangkap penjenayah yang buat masalah itu!

Baca : Dua Lelaki Ragut Gadis di Cheras Berjaya Ditangkap Selepas Merempuh Kereta Ketika Cuba Larikan Diri

1 23 E1498038749542

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.