Bulan Ramadan adalah bulan mulia yang sangat dinantikan-nantikan oleh seluruh umat Islam.
Bulan penuh keberkatan ni bukan je mengajar kita untuk menahan lapar dan dahaga, malah ia
mengajar kita untuk membuat lebih banyak kebaikan dan melipat gandakan ibadah.
Pada bulan ini juga, makin ramai yang tak sabar untuk melakukan solat tarawih di masjid dan surau memandangkan saf dah boleh dirapatkan mengikut sejadah masing-masing tapi perlu diingatkan yang standard operasi prosedur (SOP) masih perlu dipatuh.
Kebiasannya azan kita dengar dekat ‘tv’ atau masjid tapi korang selalu tak dengar azan yang dikumandangkan di radio terutama sekali waktu bulan puasa? Semalam, viral seorang penyampai radio yang telah menyiarkan azan pada waktu yang tak tepat.
Menurut Astro Awani, penyampai radio tempatan tersebut yang lebih dikenali sebagai Mohd Safwan tampil memohon maaf kepada orang ramai kerana telah melakukan kesilapan teknikal dengan menyiarkan azan Maghrib 4 minit lebih awal di Tawau.
“Saya dengan rendah diri, secara peribadi, memohon maaf kepada warga Tawau yang terkesan dengan keadaan ini”
“Kesilapan ini adalah kesilapan dari diri saya sendiri dan bukan RTM Tawau atau Tawau FM” – Mohd Safwan
Kalau korang nak tahu, bagi daerah Tawau waktu Maghribnya adalah pada jam 6.20 petang tapi penyampai tu dah siarkan azan pada jam 6.16 petang menyebabkan ada pendengar yang telah berbuka puasa lebih awal tanpa disengajakan.
Mohd Safwan yang turut bertugas sebagai penyampai radio dalam program Syoknya Hujung Minggu turut menambah bahawa yang baik datangnya dari Allah dan yang kurang itu datangnya dari diri sendiri.
Lepasni, kita pun kena selalu berhati-hati dan check waktu berbuka puasa yang tepat tau korang!
Baca: “Puasa Nak Dekat Dah…Pastikan Korang Jangan Buat 7 Kesilapan Kecil Ni Masa Ramadan!”