“Penumpang bas terpelanting”

Tambah ke Sumber Pilihan
“Penumpang bas terpelanting”
Lobak Merah
Lobak Merah
"Penumpang bas terpelanting"
Loading
/

Musim perayaan dah semakin dekat. Selain memandu sendiri, ramai yang memilih untuk pulang ke kampung dengan bas. Namun malang tidak berbau apabila tiga orang individu maut dalam kemalangan petang semalam.

Menurut Harian Metro, kemalangan jam 1.15 tengah hari tersebut melibatkan dua buah lori dan sebuah bas ekspress di Kilometer 142.4 Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran susur keluar Pagoh di Muar.


Lskjda
Sumber: Astro Awani

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Muar Marzuki Ismail memberitahu bahawa tiga individu yang meninggal dunia merupakan pemandu bas Shuaib K K Mohamed Unny yang berusia 50 tahun dan dua orang penumpang.

“Seorang lagi pemandu dan 25 penumpang bas ekspres itu selamat, pemandu treler dan lori tangki yang terbabit dalam kemalangan sama juga selamat.”

“Setakat ini, punca kemalangan dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.”

34258492 2132225946817376 7026419900432252928 O
Sumber: Astro Awani
Aa
Sumber: Astro Awani

Salah seorang mangsa Norazah Hendri yang berusia 20 tahun menceritakan bahawa dia tiba-tiba terasa satu hentakan ketika berada di dalam bas dan begitu terkejut dengan apa yang disaksikan. Norazah ditemani kakaknya dalam perjalanan untuk menghadiri sesi temu duga di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

“Ketika kejadian, saya nyenyak tidur sebelum tiba-tiba terasa macam ada hentakan. Bila buka mata, saya nampak beberapa penumpang bas seolah-olah terpelanting ke hadapan, di luar bas pun ada orang.”

“Kakak saya, Norizah hanya cedera ringan di mulut dan dagu.”

Aasass
Sumber: Astro Awani
Wddq
Sumber: Astro Awani

Pemandu lori kontena mengalami kecederaan di pinggang, 22 orang penumpang bas yang lain cedera, manakala kelindan lori dan penumpang lain selamat. Mangsa yang terlibat dihantar ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar untuk rawatan lanjut.

Sentiasa berhati-hati ketika mahu pulang ke kampung halaman di musim perayaan macam ni. Make sure periksa kenderaan terlebih dahulu, pastikan tidak berada dalam keadaan letih atau mengantuk ketika memandu dan sentiasa berhati-hati supaya tidak terjadi perkara yang tak diingini.

Tonton video kejadian di bawah:

Sumber: Facebook

Sumber: Facebook

Baca: Salah Siapa Sebenarnya Ni? Video Viral Kemalangan di Johor Buat Netizen Bertelagah

Ok

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Asma' Razak
Lagi tulisan Asma'
Suka dinosaur tetapi minat filem bergenre futuristik, bercita-cita mahu jadi vegetarian dan berharap ikan diklasifikasikan sebagai tumbuhan.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Bunyi Penggera Kecemasan Terus Ke Telefon, Rupanya Ini Teknologi Di Sebalik Tabir MySiren
  2. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
  3. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

“Penumpang bas terpelanting”
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/penumpang-bas-terpelanting/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM