Penulis Lirik Lagu Tema AF, ‘Menuju Puncak’ Meninggal Dunia

Tambah ke Sumber Pilihan
Penulis Lirik Lagu Tema AF, ‘Menuju Puncak’ Meninggal Dunia

Siapa yang pernah menonton rancangan realiti Akademi Fantasia (AF) pastu tahu akan lagu tema rancangan itu. Lagu Menuju Puncak sangat popular pada zaman dahulu dan sering dimainkan ketika penyingkiran berlaku di akhir rancangan.

Terbaharu, penulis lirik Menuju Puncak, Tessh, 49, dilaporkan telah meninggal dunia di Hospital Assunta, Petaling Jaya pada jam 5.46 pagi tadi akibat serangan jantung.


Screenshot 2023 07 30 130147Sumber: Metro

Difahamkan, berita pemergian Teshh disahkan sendiri oleh Pengarah Urusan Taja Archive Publishing, Nafisah Yusof atau Kimmy. Untuk rekod, Kessh ialah individu yang menghasilkan lirik lagu Bisakah dendangan Datuk Seri Siti Nurhaliza.

“Mendiang dikejarkan ke Hospital Putrajaya, Isnin lalu selepas mengadu sakit dada dan dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU). Semalam, mendiang dipindahkan ke Hospital Assunta. Mendiang disahkan meninggal dunia pada jam 5.46 pagi tadi.”

“Anaknya memaklumkan ketika ini, anggota keluarga mendiang masih berada di hospital untuk menguruskan jenazah untuk dibawa ke kediaman mereka,” katanya kepada sumber.

Selain Menuju Puncak, Tessh turut menghasilkan lirik lagu popular seperti Beribu Sesalan nyanyian Ning Baizura, Shila Amzah dan Jaclyn Victor; Ingin Bersamamu (Datuk Syafinaz Selamat ); Seribu Impian (Casey) dan Gemuruh (Faizal Tahir).

Untuk rekod, mendiang meninggalkan seorang balu, Jennifer Natividad, 50, dan seorang anak lelaki, Miguel Rosshaan Shathesh, 14.

Kredit: Harian Metro

BACA: 5 Sebab Mengapa Akademi Fantasia 5 Paling Menggamit Memori Antara Semua

Cover 3

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Hafiz Ahmad
Lagi tulisan Hafiz
Penggemar ayam 4Fingers.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Lihat di Instagram(buka di tab baharu)

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Bunyi Penggera Kecemasan Terus Ke Telefon, Rupanya Ini Teknologi Di Sebalik Tabir MySiren
  2. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
  3. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

Penulis Lirik Lagu Tema AF, ‘Menuju Puncak’ Meninggal Dunia
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/penulis-lirik-lagu-tema-af-menuju-puncak-meninggal-dunia/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM