in

Pensyarah UiTM Dipecat Serta-merta Susulan Kes Gangguan Seksual Terhadap Bekas Siswazah

Weaf

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Universiti Teknologi MARA (UiTM) telah bertindak untuk menamatkan perkhidmatan seorang pensyarah yang terpalit melakukan gangguan seksual kepada bekas siswazah, berkuatkuasa serta-merta.

Kes disiasat dalam Akta 605 dan Peraturan UiTM


Menurut kenyataan yang dikeluarkan UiTM hari ini, mereka mengambil serius mengenai dakwaan gangguan seksual oleh pensyarah itu dan telah melakukan siasatan mengikut garis panduan serta proses perundangan yang termaktub dalam Akta Badan-Badan Berkanun 2000.

Mengikut akta yang disebutkan, tindakan tatatertib boleh diambil ke atas staf yang melanggar peraturan, tatakelakuan serta larangan-larangan yang terdapat dalam Akta 605 dan peraturan UiTM.

Difahamkan Unit Integriti UiTM telahpun menjalankan siasatan yang teliti bermula pada tahun lepas, terhadap segala bahan bukti yang telah dikumpulkan sebelum sebarang kesalahan dapat dibuktikan dan jenis hukuman yang ditentukan.

Dalam pada itu, Naib Canselor UiTM, Prof. Datuk. Ts. Dr Roziah Mohd. Janor menjelaskan menjelaskan warga universiti sentiasa diberi peringatan secara berkala perihal Akta 605 ini.

Roziah.jpg

 

“Sekiranya ingkar perintah atau berkelakuan dengan apa-apa cara yang boleh ditafsirkan dengan munasabah sebagai ingkar perintah, pihak Universiti tidak akan berkompromi dan akan mengambil tindakan keras sekiranya disabit kesalahan.”

Sebelum ini, tular di media sosial berkenaan bekas siswazah yang didakwa telah terkena gangguan seksual tahun lepas. Mangsa diminta untuk menjawa soalan kaji selidik lucah sehingga merasakan dirinya terancam.

Difahamkan juga, pensyarah ini juga turut menghubungi ketua kampungnya untuk menawarkan wang sebanyak RM20,000 kepada keluarganya untuk tarik balik laporan polis namun ditolak.

Akhirnya terjawab juga segalanya…

Baca: “Sampai melutut depan mak saya” – Pensyarah Beri Soalan Lucah Pada Pelajar ‘Offer’ RM20k Minta Tutup Kes

Screenshot 2022 09 30 At 10.50.58 Am

 

Sumber: Portal

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.