in

“Sampai melutut depan mak saya” – Pensyarah Beri Soalan Lucah Pada Pelajar ‘Offer’ RM20k Minta Tutup Kes

Feat

Baru-baru ini, tular mengenai kes seorang pelajar mendakwa telah diganggu secara seksual oleh bekas pensyarahnya.

Melalui pendedahan Farah Azuin Razak, pensyarah tersebut telah bertanyakan pelbagai soalan lucah atas alasan menjalankan kaji selidik.

Ekoran ini, bekas pelajar Universiti Teknologi Mara ini telah pun membuat laporan di Balai Polis Tangkak setahun lalu dan turut menyerahkan bukti rakaman telefon dan mesej yang diterima dari pensyarah tersebut.

Namun begitu, Farah kecewa apabila sehingga kini masih tiada tindakan undang-undang diambil ke atas pensyarah tersebut mahu pun menerima apa-apa maklum balas daripada pihak berkuasa atau universiti.

Malah, pada 6 September lalu pensyarah tersebut telah pun menghantar notis kepada Farah mengatakan bahawa dia bakal mengambil tindakan saman malu kerana identiti dan tempat pekerjaannya didedahkan.

Bercakap dengan FMT, Farah mengatakan pensyarahnya itu telah mengambil tindakan tersebut untuk menakut-nakutkannya gara-gara dia menolak tawaran RM20,000 untuk menutup kes.

Dia saman saya atas tuduhan saya dedahkan tempat kerja dia, kehidupan peribadi dia. Itu semua bukan saya yang buat. Itu dari pihak ketiga, ‘netizen’ yang cari nama dia, gambar dia, tempat kerja dia. Saya tak mengiya dan tak menidakkan.”

Farah mengatakan, beberapa hari selepas laporan polis dibuat, pensyarah ini telah menghubunginya untuk meminta maaf dan mahu laporan tersebut ditarik semula.

Kerana enggan berbuat demikian, pensyarah ini telah menjejakinya di tempat kerja lamanya sebelum pergi ke kampungnya di Tangkak.

Dia datang rumah saya, minta maaf dekat ibu bapa saya, sampai melulut depan mak saya. Kami suruh balik, tapi dia tak nak. Sampai saya panggil polis. Polis datang, baru dia balik.”

Tak cukup dengan itu, pensyarah ini juga turut menghubungi ketua kampungnya untuk menawarkan wang sebanyak RM20,000 kepada keluarganya untuk tarik balik laporan polis namun ditolak.

Farah masih belum mengetahui kenapa kesnya ini mengambil masa yang lama untuk disiasat dan sehingga kini dia masih menunggu keadilan.

Kenapa (ambil masa) lama saya pun tak tahu. Nak kata tak cukup bukti, semua bukti kita dah bagi, malah polis pun ambil keterangan pensyarah saya, tapi masih juga (makan masa) satu tahun.

“UiTM Segamat pun sudah bagi kerjasama, (dan) terus memberhentikan pensyarah itu dari mengajar (dalam talian) di UiTM Segamat. Sekarang tunggu arahan selanjutnya dari Unit Integriti UiTM Shah Alam. Tetapi, UiTM Shah Alam senyap sahaja, tak ada keluarkan apa-apa kenyataan.”

Sebelum ini, pihak polis Bukit Aman memberitahu bahawa kertas siasatan pensyarah tersebut telah dihantar balik ke Balai Polis Tangkak untuk siasatan lanjut dan siasatan lanjut telah pun dibuat dan dihantar ke Ibu Pejabat Polis Johor.

 

Baca: Pelajar Dedah Kena Gangguan Seksual Dari Pensyarah, Diminta Jawab Soalan Kaji Selidik ‘Lucah’

Soal Selidik Lucah Lecturer