Pensyarah Tersalah Pasang Video ‘Porn’ Guna Projektor Dalam Kelas!

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:



Opsss, kantoi!

Seorang pensyarah lelaki melalui detik memalukan lepas dia mainkan rakaman video yang tidak sepatutnya menjadi tatapan pelajarnya dalam kelas.

Menurut Metro, kejadian tu berlaku dekat China dan pensyarah muda tersebut sepatutnya nak mainkan video untuk tontonan pelajar lepas sesi pembelajaran tamat.

Dia pun kemudian play satu video menggunakan alat projektor sebelum keluar tinggalkan kelas tu.

Rupa-rupanya tanpa dia sedar sebenarnya dia tekan play rakaman video seks!

Sumber: Metro

Pensyarah tu cuma tersedar yang dia salah mainkan video lepas terdengar bunyi kecoh datang dari kelas dan aksi porn tu dah jadi tontonan pelajar dia selama 30 saat! Riuh suara pelajar lelaki bersorak dan menjerit sangat jelas didengari membuatkan dia berpatah balik dan terkejut bila dapat tahu yang sebenarnya video porn yang tengah ditayangkan dekat skrin.

Dia pun apa lagi kan, kelam kabut lari ke arah laptop dan hentikan video lucah tapi malangnya, salah seorang pelajar dikatakan sempat merakam dan muat naik ke internet.

Sumber: Metro

Dua pelajar perempuan yang duduk dekat depan tutup muka guna buku sebab malu dengan apa yang dipertontonkan. Pensyarah tersebut pula, boleh nampak yang dia kelam kabut nak stop video tu tapi lepas beberapa saat baru dia berjaya. Tengah cuak lah kan, confirm!

Kantoi suka tengok porn eyyyy!

Baca: Pelajar Sekolah Dirakam Tonton Video Lucah Guna Skrin Projektor Dalam Kelas

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:

Ditulis oleh Sue Idris

Suka thriller movies, suka kucing, suka makan, suka kopi, suka melancong, suka shopping, suka berangan, eh suka semua lah!