in

Pensyarah Dapat ‘Jelingan Maut’ Tun M Letak Jawatan!

Kamarultunm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Korang ingat lagi tak sorang lecturer ni yang sedap dok mengutuk Tun M dalam satu forum berkaitan PRU tak lama dulu, pastu kecut perut lepas kena jelingan tajam Perdana Menteri kita?


Tup-tup tak ada angin, tak ada ribut, penganalisis politik Kamarul Zaman Yusoff dikatakan telah meletak jawatan sebagai pengarah Institute for Malaysian Political Analysis (MAPAN) di Universiti Utara Malaysia (UUM), lapor Malaysiakini.

Dipanggil ahli akademi ‘terkencing’ depan Mahathir

“Saya tak boleh nafikan ke mana saya pergi, orang yang tak dikenali akan mengenali sebagai ‘ahli akademi yang ‘terkencing’ depan Dr Mahathir dalam forum Sinar Harian 22 Mac lalu’ dan akan buat saya rasa marah,” katanya dalam posting di Facebook.

29496796 1793632407391087 6306829431709106176 N
sumber: blog

Disebabkan isu ni, Kamarul akui yang dia selalu dikecam kerana lantang mengkritik Harapan yang berjaya menumbangkan Barisan Nasional selepas 61 tahun memerintah. Tak sure sama ada Kamarul berasa malu ataupun tertekan dengan apa yang pernah dia cakap kat Tun Mahathir satu masa dulu, dia akhirnya pilih untuk letak jawatan.

“Untuk mudahkan semua pihak, saya secara sukarela meletak jawatan saya sebagai pengarah MAPAN UUM yang berkuatkuasa 14 Mei, yang merupakan hari kerja pertama selepas PRU14,” kata Kamarul.

 

Minta maaf secara terbuka 

Jelas Kamarul jugak, sebaik saja Harapan memenangi PRU14 kali ni, ramai individu mula bertanyakan tentang posisinya di UUM kerana ‘rajin’ mengkritik Tun Mahathir.

“Saya nak minta maaf secara terbuka kepada warga UUM yang tak puas hati dengan tindakan kritikal saya yang menentang Mahathir dan Harapan yang telah merosakkan reputasi universiti,” tambahnya lagi.

Kamarul Zaman Md Yusof Talk Malaysia 1
sumber: blog

Katanya, pandangan yang dikeluarkannya jugak merupakan pandangan peribadi dan dia tak pernah sebelahi bekas PM Datuk Seri Najib sebab dia jugak sebelum ni pernah mengkritik kerajaan BN. Giteww! 

Apa-apapun bagi admin, janganlah kita suka-suka menghentam mana-mana individu secara berlebihan sebab kita tak tahu apa yang akan berlaku pada masa hadapan. Kalau dah jadi macam ni, haa kan dah malu!

Rasanya Tun M pun tak simpan dendam pada Kamarul. So let’s move on ye! 

Baca: “Sokong konsep kebebasan bersuara tetapi ada hadnya” – Tun M

Tun Mahathir

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.