Semenjak pandemik Covid-19 melanda dunia, banyak aktiviti yang dilakukan secara dalam atas talian seperti proses pembelajaran dan temu ramah.
Terbaru, penonton BBC Wales Today dikejutkan dengan penampakan barang misteri dalam satu sesi temu bual yang dijalankan secara panggilan video dari rumah lokasi masing-masing.
Dalam sesi temu bual tersebut, seorang panel jemputan dari Cardiff sedang membincangkan kesan pandemik Covid-19 terhadap peluang pekerjaan kepada masyarakat.
Menurut wanita yang dikenali sebagao Yvette Amos itu, dia menjelaskan kini ramai yang sukar untuk mendapatkan pekerjaan ekoran ekonomi dunia yang terkesan dengan Covid-19.
Dalam sesi temu buat itu, Yvette Amos dilihat sedang duduk di dalam sebuah bilik yang berlatar belakangkan rak buku. Bagaimanapun, rak buku itu mula tular selepas penonton perasan ada sesuatu yang tidak kena padanya.
Meskipun rak itu dipenuhi dengan buku dan fail, penonton mendapati ada satu barang yang berwarna merah jambu cair dan berbentuk pelik. Selepas diperiksa, mereka mendapati barang tersebut adalah mainan seks yang mempunyai bentuk seperti kemaluan lelaki.
Penampakan mainan seks itu mula menjadi bualan para penonton BBC. Malah, ada juga yang berseloroh menyuruh wanita tersebut mengemas rak bukunya yang kelihatan ‘bersepah’.
Klip temu bual itu mula tular di media sosial dan terpampang di portal-portal antarabangsa.
Pengajaran buat kita semua, pastikan anda kemas dahulu ruangan bilik jika mahu melakukan panggilan video. Sebagai alternatif, anda boleh menggunakan latar belakang maya yang kebiasaannya disediakan dalam tetapan aplikasi.
Sumber: Daily Star
BACA: Pelajar 10 Tahun Buta Kerana Kelas Online, Dakwa Radiasi Telefon Jadi Punca