Ramai mempunyai minat yang mendalam dalam seni tarian dengan adanya platform video seperti TikTok dan Instagram, ramai mempunyai minat yang mendalam dalam seni tarian dengan adanya platform video seperti TikTok dan Instagram, lalu ia memberi peluang untuk mengembangkan bakat tarian melalui platform tersebut.
Muzik bergenre K-Pop antara yang paling diminati oleh generasi kini, genre tersebut sinonim dengan dance moves yang lincah dan sangat seronok untuk ditonton dan dipelajari. Ramai yang sudah mula melakukan cover untuk tarian-tarian artis kegemaran K-Pop mereka.
Bagaimanapun topik ini mulai hangat di media sosial apabila seorang gadis kelahiran Malaysia yang berhijab ditemu ramah oleh saluran BBC dan dia telah mengeluarkan sebuah kenyataan yang mengundang kecaman netizen.
"I like my hijab and I like dancing."
How this young K-pop dancer from Malaysia deals with hate comments
More on how K-pop conquered the world https://t.co/qR2LK84ua3 pic.twitter.com/topbD7Ujo8
— BBC World Service (@bbcworldservice) May 10, 2022
Gadis yang dikenali sebagai Sabrina Azhar ini merupakan seorang pelajar kelahiran Malaysia yang kini sedang menetap di Korea Selatan, dia merupakan content creator yang selalu berkongsi kehidupannya di Korea Selatan.
Selain itu, namanya juga meningkat naik kerana dia selalu berkongsi dance cover di TikTok dan YouTube miliknya.
“Bagi saya, selagi saya rasa saya melakukan perkara yang betul, saya tidak mengganggu sesiapa, maka saya tidak fikir ia sepatutnya menjadi masalah” katanya.
Baru-baru ini, Twitter BBC mengeluarkan sesi temu ramah dengan gadis itu dan dia berkongsi bagaimana dia menerima kecaman kerana berpakaian tidak sopan dan tidak menjaga imej berhijab.
“Mana boleh campur benda salah dengan betul”
Kenyataan gadis tersebut mengenai minatnya itu mengundang kecaman netizen, ramai yang beranggapan dia tidak perlu mengeluarkan kata-kata sebegitu. Malah, ramai juga yang merasakan kenyataan gadis itu terlalu bercanggah dengan kepercayaan Islam.
Apa-apapun diharapkan Sabrina dapatlah beri penjelasan lanjut mengenai isu ini sebab bimbang ia bermaksud lain dan ramai yang salah anggap.
Baca: “Real K-Pop queens” – Ramai Teruja 2NE1 Buat Persembahan Di Coachella, Anggap ‘Stage’ Paling Epik!