in

Pelajar 10 Tahun Buta Kerana Kelas Online, Dakwa Radiasi Telefon Jadi Punca

Untitled 1 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semenjak pandemik Covid-19 melanda dunia, banyak norma baharu yang perlu kita adaptasi. Sebagai contoh, sesi pembelajan kini menggunakan kaedah secara dalam talian atau Open and Distance Learning (ODL).


Untuk menjayakan proses pembelajaran secara dalam talian, seseorang pelajar itu mestilah mempunyai komputer riba atau telefon pintar yang boleh mengakses internet. Pembelajaran pula kebiasaannya akan menggunakan mana-mana platform yang menyokong fungsi panggilan video.

Namun, siapa sangka pembelajaran secara dalam talian ini boleh memberi kesan yang buruk kepada pelajar? Kisah benar berlaku di Gowa, Indonesia, seorang kanak-kanak perempuan berumur 10 tahun dilaporkan menjadi buta kerana kerap menghadiri kelas online.

1 2 1

Pada mulanya, pelajar tersebut, Indrianti Amran sedang bermain bersama rakan-rakannya di sekitar perkarangan rumah. Selepas beberapa ketika, Indrianti berasa pening dan sakit kepala lalu pulang ke rumah untuk berehat selepas dinasihati oleh rakan-rakannya.

Selepas sahaja bangun daripada tidur pada keesokan harinya, Indrianti berasa sedikit pelik kerana penglihatan mata kirinya kurang jelas. Pada mulanya, dia menyangka ini hanyalah sakit biasa dan tiada apa yang perlu dirisaukan.

Namun selepas berjumpa dengan doktor, Indrianti dilaporkan telah hilang keupayaan untuk melihat selepas kedua-dua matanya dilaporkan buta.

Menurut kedua-dua ibu bapa pelajar ini, kecacatan yang dialami oleh anaknya itu adalah disebabkan Indrianti sering menghadiri kelas online.

Tambah mereka berdua lagi, kecacatan ini berpunca daripada radiasi telefon bimbit yang memberi kesan buruk kepada penglihatan anaknya. Ibu bapa Indrianti meluahkan rasa sedih di atas ujian yang menimpa anak gadisnya itu.

Apa komen anda terhadap kes ini?

 

Sumber: Fajar

 

BACASugar Baby & Sugar Boy Indonesia Sepakat Dedah Rahsia Menteri Jika Tak Mansuh Omnibus Law

Cats 37

Sumber: Fajar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.