Baru-baru ini viral di media sosial Indonesia tentang seorang penjual nasi goreng yang menggunakan alat seakan robot untuk memasak menu di gerainya.
Menurut Tribunnews, penjual itu mula mendapat perhatian netizen setelah videonya memasak menggunakan alatan tersebut dikongsikan oleh pengguna TikTok yang dikenali sebagai revan.z22.
@revan.z22
Penjual yang dikenali sebagai Dartadi itu merupakan pemilik sebuah gerai di Malang, Jawa Timur, Indonesia. Alat yang digunakan olehnya pula difahamkan telah diperbuat daripada sejenis logam yang tidak berkarat.
Alat tersebut akan membantunya mengacau rempah ketika memasak nasi goreng kerana tangan kiri penjual itu sukar digerakkan akibat kemalangan beberapa tahun lalu.
Yang hebatnya lagi, alat itu telah dibuat sendiri oleh Dartadi. Pemilik video yang dikenali sebagai Soleh pula berkongsi dengan Tribunnews bahawa dia sendiri memang sering membeli nasi goreng di gerai itu.
Menurut pelanggan di situ juga, rasa nasi goreng itu tak ada bezanya dengan yang dibuat dengan tangan sebab memang sedap.
Rata-rata netizen juga memuji usaha peniaga makanan itu yang tidak menjadikannya kekurangannya sebagai halangan untuk bekerja seperti orang lain.
Sumber: Tribunnews, TikTok @revan.z22