Untuk menarik minat pelanggan hadir ke restoran, pelbagai teknik pemasaran yang dilakukan oleh pihak restoran. Ada yang memanggil pempengaruh untuk mempromosikan kedai mereka, dan ada juga yang mengenakan tema unik.
Lain pula ceritanya buat sebuah restoran di India yang menggunakan cara tersendiri untuk menarik perhatian ramai. Menerusi sebuah video yang tular di media sosial, restoran tersebut menghidangkan makanan dengan menggunakan penyodok besi. Ya, anda memang tak salah baca!
Video berdurasi selama 14 saat itu menunjukkan seorang pelayan restoran meletakkan makanan dipercayai nasi goreng di atas daun pisang. Mungkin mahukan kelainan, pelayan itu menggunakan penyodok besi yang kebiasaannya digunakan untuk menyedok pasir.
Turut kelihatan wajah pelanggan yang terkesima dengan keunikan restoran ini. Ketika artikel ini sedang ditulis, video tersebut sudahpun mencecah lebih 24 juta jumlah tontonan dan menerima reaksi ramai.
@panipurtv
Hasil tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata warganet mempersoalkan tindakan restoran yang menggunakan penyodok besi ketika menghidangkan makanan. Jelas mereka, ia berbahaya dan boleh mengundang kepada masalah kesihatan kepada pelanggan.
“Kalau makanan dihidang seperti itu, saya jadi tak lapar terus”, tulis seorang individu.
Turut tidak terlepas, ada juga yang mempersoalkan kebersihan pelayan restoran yang dilihat berkaki ayam ketika menghidangkan makanan kepada pelanggan.
“Kenapa pekerja dia tak pakai selipar masa hidangkan makanan? Tak kotor ke dekat situ…”, komen seorang warganet mempersoalkan kebersihan pelayan restoran.
Nampak sedap juga nasi goreng dia.
BACA: Penjual ‘Nasi Kuning’ Mirip Oppa Lee Min Ho Buat Ramai Gadis Tak Keruan