in

Tanggal Pelitup Muka Sebab Nak Selfie, Wanita Ini Terkejut Ada Lintah Melekat Pada Hidung

F1 Lmh

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selain pacat, lintah juga antara haiwan yang boleh buatkan kita ketakutan dan berasa geli kalau masuk hutan. Walaupun kecil, haiwan ini mampu menyakiti kita.


Namun, lain pula dengan kes yang dialami seorang wanita ini. Video miliknya tular kerana dia kelihatan tenang dan masih mampu ketawa walaupun seekor lintah telah melekat pada hidungnya.

Video wanita berkenaan telah tular di media sosial terutamanya di Instagram setelah video tersebut dikongsikan di Instagram indomdr.

Wanita yang dipercayai warga Indonesia itu pada mulanya telah merakam video dirinya membuka pelitup muka, mungkin untuk berswafoto bersama rakannya namun mereka terkejut apabila melihat ada lintah yang melekat dalam hidung selepas pelitup mukanya dibuka.

1

Wanita itu kemudiannya cuba menarik lintah itu untuk membuangnya. Namun, apa yang menarik perhatian ramai ialah dia masih lagi kelihatan tenang dan masih sempat ketawa.

Kalau min la yang berada dalam situasi tu, confirm panik dan mungkin akan jerit sambil menangis sebab takut dan geli. 

2

Dalam masa yang sama, ada juga wargamaya yang pelik macam mana wanita tersebut tak rasa atau perasan bahawa ada sesuatu yang melekat pada hidungnya?

Apa-apa pun, nasib baik lintah tu belum sempat masuk ke dalam hidung dengan lebih dalam lagi. Kalau tak, kena pergi hospital la kan untuk minta doktor keluarkan haiwan ni. 

Sumber: Instagram @infomdr

Baca: “Macam mana boleh hidup lagi?”- [VIDEO] Netizen Loya Tengok Mi Sup ‘Lauk’ Pacat

Mee Sup Pacat

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.