in

Penjawat Awam Wajib Fasih Bahasa Inggeris – Tun M

Mahathir

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bak kata Ucop Wilcha dalam filem Hantu Kak Limah Balik Rumah, English education tu penting untuk semua orang. Tambah-tambah pulak nak bekerja dengan gomen. Bahasa Inggeris mestilah power kan?


Perkara inilah yang ditekankan oleh Perdana Menteri kita dalam sidang media mesyuarat Kabinet ke-3 baru-baru ni yang mana kerajaan pusat akan memperkenalkan ujian kemahiran Bahasa Inggeris untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan awam di negara ni, lapor MMO.

D266720Fa85A960Afbc1E01B89Ab55E0
sumber: malaysiakini

Menurut Tun M lagi, ahli Kabinet telah suarakan betapa pentingnya Bahasa Inggeris dan keperluannya kepada penjawat awam terutamanya mereka yang menjawat jawatan tinggi untuk fasih dalam bahasa ini.

“Kita berpendapat Bahasa Inggeris amat penting dan perlu dikuasai oleh pegawai tinggi kerajaan.

“Semua pegawai tinggi kerajaan perlu kuasai Bahasa Inggeris dengan baik kerana (mereka) akan berunding dengan pihak asing.

“Ujian kompetensi akan dilakukan,” jelas Tun M ringkas.

Dalam pada masa yang sama, PM juga menjelaskan bahawa Malaysia akan menghantar satu pasukan ke India untuk kaji program inovasi meningkatkan kecekapan sektor awam.

Penjawat awam kenalah polish English dorang mulai sekarang…

Baca: Penjawat Awam Dapat ‘Hadiah Istimewa’ Dari Azmin! 

Azmin

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.