in

Penjawat Awam Dapat ‘Habuan Istimewa’ Dari Azmin!

H

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dah dekat-dekat nak raya ni memang banyak duit kena guna untuk perbelanjaan musim perayaan dan perjalanan balik kampung. Penjawat awam jangan bimbang sebab ni ada berita baik untuk korang!


Menurut Sinar Harian, hari ini Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengumumkan seramai 17,109 orang penjawat awam Selangor bakal menerima bantuan khas kewangan sempena Hari Raya Aidilfitri. Wah seronoknya!

A1
sumber: berita harian

Memberitahu tentang perkara ini dalam Majlis Rapat Ramadan Penjawat Awam di Auditorium Dewan Jubli Perak Sultan Abdul Aziz Shah, Azmin menjelaskan bahawa bantuan yang akan diberikan adalah sebanyak satu bulan gaji. Wow!

Pembayaran bantuan khas kewangan itu katanya akan dibuat pada 25 Jun ini. Peruntukan ini dibayar selepas hari raya kerana tidak mahu penjawat awam berbelanja berlebihan dalam menyambut Aidilfitri.

Menteri Hal Ehwal Ekonomi ini juga mengumumkan bahawa 10% daripada bantuan khas kewangan ini akan disumbangkan kepada Tabung Harapan Malaysia dan ia hanya akan dikenakan kepada pegawai yang bergred 44 dan ke atas.

A2
sumber: berita harian

“Sumbangan 10 peratus itu adalah atas semangat patriotik penjawat awam yang tidak mahu tertinggal dalam usaha murni untuk mengurangkan bebanan hutang negara yang ditinggalkan pentadbiran lama.”

Kakitangan yang bekerja di jabatan Persekutuan negeri Selangor juga tidak ketinggalan untuk menerima wang saguhati.

“Selain itu, kita juga akan memberikan saguhati sebanyak RM1,000 buat pertama kalinya kepada 755 kakitangan di tujuh jabatan Persekutuan negeri Selangor,” kata Azmin lagi.

A3
sumber: kosmo

Wah bestnya! Boleh la guna wang sumbangan tu nanti untuk cover balik perbelanjaan lepas raya.

Baca: Pengganti MB Selangor Perlu Macam Azmin Ali

Capture

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.