in

Peniaga Siakap Viral RM1,000 Gagal Kemuka Dokumen Dikehendaki, Bakal Didenda RM50,000

Siakap Rm1000 Didenda Rm50000 Gagal Kemuka Dokumen

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ingat lagi tak dengan isu viral ikan siakap yang dicaj dengan harga melebihi RM1,000 di sebuah restoran dekat Langkawi?


Menurut Harian Metro, peniaga siakap di Langkawi, Kedah itu telah didapati gagal mengemukakan dokuman perniagaan lengkap seperti yang dikehendaki Kementerian Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

Siakap 1

Oleh itu, peniaga terbabit bakal didakwa mengikut Seksyen 53(A) Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011. Alamak… 

 

“Peniaga itu memberi kerjasama baik… malangnya” 

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Rosol Wahid berkata, peniaga itu didapati gagal kemuka dokumen perniagaan lengkap yang dikehendaki kementeriannya mengikut tempoh yang ditetapkan.

Peniaga itu memberi kerjasama baik kepada KPDNHEP, namun malangnya gagal memenuhi arahan menghantar dokumen perniagaan lengkap dan terperinci.

“Tempoh penghantaran dokumen terperinci itu dilanjutkan bagi membolehkan peniaga itu membetulkan kesilapan berkenaan.

“Bagaimanapun, ia masih tidak dapat dipenuhi sehingga 17 November lalu menyebabkan kertas siasatan dibuka dan akan dihantar ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Peniaga Siakap
Peniaga menunjukkan menu restoran

 

Tiada bukti kukuh harga jualan ikan siakap tak berubah sejak 3 tahun lalu

Menurut Rosol, tindakan dikenakan berikutan kegagalan peniaga menyelenggara dan menyimpan rekod yang wajar. Mengikut akta, hukuman denda sehingga RM50,000 jika sabit kesalahan.

“Siasatan lanjut atas kesalahan mencatut tidak dapat dijalankan disebabkan dokumen perniagaan dihantar peniaga itu tidak memberi maklumat terperinci berhubung kos operasinya.

“Peniaga itu hanya menyatakan harga jualan ikan siakap iaitu RM16 bagi setiap 100 gram tidak pernah berubah sejak tiga tahun lalu, namun ia bukan bukti kukuh dan tidak mencukupi bagi melakukan siasatan,” katanya.

Bil Siakap Rm1000

Golongan peniaga dinasihatkan untuk sentiasa menyimpan rekod perniagaan termasuklah resit pembelian dan proses bagi memudahkan penyiasatan KPDNHEP sekiranya ada isu berbangkit.

Sebelum ini, tular di media sosial sekumpulan individu terkejut selepas terpaksa membayar RM1,196.80 bagi hidangan seekor ikan siakap seberat 7 kg di restoran tersebut.

Baca: “Pesan makanan 2kg, peniaga hantar ikan 10kg. Jangan makan” – Ustaz Azhar Idrus Ulas Isu Siakap Seribu

Siakap Azhar Idrus

Sumber: Blog
Sumber: Kosmo

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.