in

Pengetua Sekolah Ditemui Mati Mencangkung Separa Bogel Dalam Kereta Yang Diparkir Berdekatan Masjid

Collage 21

Penemuan mayat seorang guru besar di dalam kereta telah menggegarkan penduduk di Kampung Tagog, Jawa Barat, Indonesia.

Mana taknya, mayat tersebut ditemui oleh penduduk di dalam kereta yang diparkir di tepi jalan berdekatan masjid dengan enjin yang masih hidup selama 12 jam.

Menurut Sosok, apa yang buatkan kejadian lagi pelik adalah, guru besar yang ditemui ini sedang berada dalam posisi mencangkung dan dalam keadaan separa bogel!

Tubuh lelaki ini ditemui kaku tak bernyawa di dalam kereta Toyota Avanza lebih kurang pukul 4.20 petang, kelmarin.

Jasad lelaki ini ditemui apabila penduduk di sekitar mula pelik bila melihat kereta yang menyala itu tak bergerak dari awal pagi hingga petang.

145202831
Sumber: sosok

Kerana curiga, beberapa penduduk mula membuat keputusan untuk mengintai keadaan di dalam kereta tersebut dan ketika itulah baru mereka menemui seorang lelaki di seat belakang dalam keadaan separuh bogel dan tak bernyawa.

Selepas penemuan itu, penduduk di sana melaporkan perkara itu kepada pihak polis, dan siasatan awal menunjukkan tiada unsur-unsur mangsa dibunuh.

Selain, mayat ditemukan dalam keadaan mencangkung dan tanpa memakai seluar mahu pun seluar dalam, pihak polis juga menemui seluar dan seluar dalamnya di kerusi depan beserta tisu bekas lipstick.

Pun begitu, barang-barang peribadi milik mangsa seperti telefon dan dompet juga turut ditemui. Pihak berkuasa mengesyaki mangsa meninggal kerana keracunan pendingin hawa kereta.

Menerusi soal siasat yang dijalankan, seorang penduduk mendakwa dia ada melihat mangsa sedang duduk di kerusi hadapan sambil tengok telefon sebelum ditemui meninggal 12 jam kemudian.

Mayat mangsa telah di bawa ke hospital untuk pembedahan siasat namun keluarganya menolak prosedur itu dan menerima insiden ini sebagai musibah dan mereka tak perlukan siasatan lanjut.

Kalau betul family dia tak nak buat siasatan lanjut maknanya kematian lelaki ni akan kekal menjadi misteri…

 

Baca: “Patut sekolah bagitahu anak tak datang” – Budak 4 Tahun Mati Lemas Lepas Bapa Tinggalkan 9 Jam Dalam Kereta

Screenshot 2019 12 06 At 4.21.08 Pm