in

“Patut sekolah bagitahu anak tak datang” – Budak 4 Tahun Mati Lemas Lepas Bapa Tinggalkan 9 Jam Dalam Kereta

Feat 10

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Insiden tertinggal anak dalam kereta ni bukan berita asing lagi. Suka atau tak, semua ibu bapa terdedah dengan risiko ini.


Insiden sama sekali lagi berlaku di China bila seorang budak berusia 4 tahun mati lemas di tempat duduk belakang kereta selepas bapa budak ini tinggalkannya di dalam kereta selama sembilan jam.

0 Pay Asiawire Forgottendaughter 02

Menurut Mirror, tragedi ini berlaku kerana bapa kepada kanak-kanak ini terpaksa menjawab panggilan penting semasa menghantar anaknya ke tadika.

Ceritanya, kanak-kanak yang dikenali sebagai Qi Qi ini sedang tidur di kerusi belakang ketika dalam perjalanan ke Tadika Wanyuan di Yiyang, China pada pukul 8 pagi, 8 April lalu.

0 Pay Asiawire Forgottendaughter 06

Menurut Hu, bapa kanak-kanak ini, ketika dia sampai di hadapan pagar sekolah anaknya, dia telah mendapat panggilan dari tempat kerja.

Hu berkata, dia terlupa nak periksa sama ada anaknya dah keluar atau belum. Kerana dah lambat, dia memandu dengan pantas dan meninggalkan kereta di tempat letak kereta pejabatnya.

“Saya jawab panggilan telefon dan saya terlupa nak periksa. Saya langsung tak perasan hinggalah isteri saya call pukul 5pm tanya di mana anak kami.”

“Bila saya periksa kereta, saya temui anak saya di bahagian letak kaki di kerusi belakang.”

Panik, Hu terus kejarkan anaknya ke hospital namun dah terlambat bila pihak hospital sahkan kematian Qi Qi.

0 Pay Asiawire Forgottendaughter 04

Mereka tak dapat selamatkan dia.”

“Sekolah biasanya akan telefon atau menghantar mesej jika pelajar mereka tak hadir ke sekolah, tapi kenapa mereka tak hubungi kami kali ini?”

Apabila ditanya sama ada sekolah anaknya patut dipersalahkan 100 peratus atas kematian anaknya, Hu berkata mereka sepatutnya lebih bertanggungjawab.

“Pada pendapat saya, mereka lebih bertanggungjawab. Kalau mereka call, tentu saya akan perasan lebih awal.

“Dekat sekolah tu, ada 3 cikgu dan lebih kurang 10 murid. Takkan dorang tak perasan satu pelajar mereka hilang?”

Log panggilan dari telefon Hu menunjukkan dia menjawab panggilan telefon pada jam 8.46 pagi. Bagaimanapun, perbualan tersebut hanya berlangsung selama 12 saat.

Hu percaya yang dia mungkin terleka dengan mesej pada aplikasi seperti WeChat.

Sekolah tersebut telah pun mencapai penyelesaian dengan menawarkan RMB32,000 (RM20,000) kepada keluarga ini.

Siasatan awal oleh Biro Pendidikan Heshan mendapati Hu mungkin tak berhenti pun di tadika anaknya. Mereka mengatakan mungkin Hu menjawab panggilan semasa dalam perjalanan dan terganggu dengan panggilan telefon hingga dia terlupa tentang anaknya sampailah isterinya telefon sembilan jam kemudian.

Siasatan lanjut masih dijalankan.

Kalau boleh, letak barang dekat seat belakang, so bila korang nak keluar korang akan tengok belakang dulu. Benda ni boleh dielakkan.

 

Baca: Guna Alasan Bateri Kereta Habis, Ini Gaya Modus Operandi Pasangan ‘Pow’ RM 200 Di Petronas Setia Alam

Screenshot 2019 04 11 At 5.19.27 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.