in

“Pengarah yang suruh” – Baby Shima Buka Mulut Selepas Terpalit Kontroversi Bersama Aliff Syukri

Fe

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Penyanyi dangdut sensasi, Baby Shima hangat diperkatakan oleh netizen pada minggu lepas apabila tular sebuah video yang dilihat penyanyi tersebut melakukan aksi gelek bersama Aliff Syukri dengan tampil berseluar pendek dan berstokin panjang.


Nak dipendekkan cerita, penyanyi tersebut mendapat kecaman yang hebat daripada netizen dimana rata-rata daripada mereka tidak selesa dengan penampilannya di dalam video tersebut lebih-lebih lagi bersama Aliff Syukri yang sudah berkahwin dan sudah mempunyai anak.

Namun, baru-baru ini Baby Shima tampil menjawab segala perkara yang berhubung dengan kecaman netizen untuk meredakan keadaan.

Baby Shima buka mulut, katanya hanya ikut pengarah saja

Menurut Kosmo, Baby Shima mengatakan bahawa dia mengikuti arahan pengarah sahaja dan pakaian tersebut juga telah mengikut kehendak wardrobe yang dia rasa tidak perlu untuk membesarkan isu ini.

“Pengarah yang suruh, saya ikut saja. Itu kehendak mereka. Saya pun hanya cari makan.”

Menurut Shima, dia bukan sengaja dan suka-suka melakukan aksi demikian kerana ia juga merupakan sebahagian tugasnya sebagai penyanyi dangdut professional dan semua orang tahu bahawa dia terkenal dengan bidang tersebut.

“Saya bukan sengaja nak buat begitu apatah lagi dikatakan ‘daring’ (menggoda).”

https://www.instagram.com/p/ChHQiwyuM5e/

Baby Shima jadi diri yang sebenar, tiada apa yang berubah

Menurutnya juga, aksi yang menjadi perbualan itu sebenarnya telah dilakukan melalui video yang dihasilkan sebelum ini dan mungkin netizen tidak dapat melihat perbezaan antara video muzik yang terbaharu ini bersama Aliff Syukri.

“Rasanya netizen pun tahu tak ada beza pun MV terbaharu ini dengan yang pernah saya hasilkan sebelumnya.”

“Saya tetap saya. Baby Shima tetap Baby Shima yang sama. Langsung tiada apa pun yang berubah.”

Baby Shima turut respons di Instagram

Melalui sebuah video, Baby Shima juga turut mengatakan bahawa dia hanya menyanyi sahaja bukan pun melakukan adegan peluk ataupun cium.

“Nak nyanyi pun bising… bukan kita peluk cium dia pun… padahal korang layan cerita peluk-peluk… pegang-pegang…. cium-cium.”

https://www.instagram.com/p/ChJ40NTAbXi/

Harap jawapan Baby Shima ini menjawab segala persoalan berhubung dengan kecaman netizen dan kita sebagai masyarakat kenalah move on dengan apa yang telah berlaku. Apa pendapat korang?

Baca: “Semoga dia sedar dari dunia lagha” – Aksi Goyang Depan Kamera Aliff Syukri & Baby Shima Undang Kecaman Netizen

Screenshot 2022 08 16 At 12.21.45 Pm

 

 

 

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.