Menjadi pempengaruh sangat penting dalam mengekalkan keperibadian yang baik untuk ditonton oleh masyarakat. Hal ini kerana kebanyakan daripada kita meletakkan inspirasi terhadap golongan ini sebagai tindak-tanduk dalam kehidupan seharian.
Namun, baru-baru ini tular di media sosial mengenai seorang usahawan dan selebriti yang dikatakan bertindak melakukan aksi yang tidak disenangi oleh masyarakat.
Aliff Syukri dan Baby Shima goyang depan kamera
Video yang sudah tersebar meluas dan telah ditonton oleh ramai masyarakat itu memperlihatkan aksi goyang Aliff Syukri dan Baby Shima di hadapan kamera. Difahamkan, video tersebut adalah teaser kepada video muzik mereka yang berjudul Baby Sayang.
https://www.instagram.com/p/ChErnX9gGg7/
“Ada yang tak sabar dengan suara penyanyi no.1 Malaysia ini? Konsep video kilp K-Pop dan akan kalahkan Blackpink dan BTS.”
Tambahan pula, pakaian yang dikenakan oleh Baby Shima agak terlalu mencolok mata dengan menampilkan diri dengan seluar pendek hitam dan sarung kaki paras paha sambil bergelek di depan kamera.
Undang kecaman netizen yang melihat
Aksi panas yang dilakukan oleh mereka mendapat banyak kecaman netizen dimana rata-rata mereka tidak selesa dengan adegan yang dilakukan olehnya dan turut memberi teguran dan nasihat agar lebih peka dengan sensitiviti agama dan budaya.
Ada juga netizen yang mencemuh mereka dengan perkataan-perkataan yang agak keterlaluan dan kurang sopan untuk dibaca.
PU Syed turut tegur aksi panas mereka
Tidak ketinggalan seorang penceramah bebas, PU Syed juga mengambil kesempatan untuk menasihati perlakuan mereka dan merayu agar video muzik tersebut tidak ditayangkan untuk tontonan awam.
Teguran tersebut telah dikongsi di laman TikTok instagram rasmi beliau dengan meraih ramai tontonan dengan komen yang positif dilontarkan oleh netizen.
https://www.tiktok.com/@pu_syed/video/7130216054600535323?is_copy_url=1&is_from_webapp=v1&q=pu%20syed&t=1660198050271
“Cukup kenyangkah kamu dengan kecaman orang? Sering kali kamu keluarkan kontroversi sampai terpaksa orang lain pula bagi nasihat. Adakah kamu nak macam itu? Adakah kehidupan kamu untuk menyenangkan perut hati kamu semata-mata? Tidakkah kamu suka menggembirakan agama Allah SWT.”
Sebelum ini, Aliff Syukri pernah terpalit kontroversi dengan memuat naik video muzik hari raya yang mengundang kecaman netizen pada Mei lalu.
Apa-apapun kita doa sahaja yang baik-baik untuk mereka dan kita sebagai masyarakat prihatin seharusnya tidak melatah terlalu awal dan sentiasa menjaga tutur kata dalam memberi pandangan dan kritikan di media sosial.