Sidang media Menteri Kanan Pertahanan, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob dijangka akan berlangsung pada jam 4 petang ini.
Perkara ini dikongsikan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) menerusi laman sosial Facebook rasmi mereka.
Menerusi paparan itu, satu pengumuman akan dibuat mengenai keputusan sama ada Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akan bersambung atau tidak bagi negeri-negeri yang status PKPB mereka tamat pada 6 Disember.
Sumber: Facebook MKN
Baca: TERKINI: MKN Beri Kelonggaran 3 Orang Dalam Sebuah Kenderaan