in

“7 penyelamat temui ajal” – Tragedi Lubuk Yu Wajar Dijadikan Iktibar Pada Musim Banjir

Lubuk Yu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ramai di antara kita yang masih kurang cakna mengenai penyakit bawaan air seperti leptospirosis (kencing tikus) dan meliodosis. Kedua-dua penyakit ini merupakan penyakit yang biasanya menjangkiti mereka yang ada kontak dengan air seperti di sungai ataupun kawasan pasca banjir.


Seperti yang ramai sudah maklum, Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan akan ada banjir besar berlaku pada bulan November tahun ini, ramai yang semakin ambil berat mengenai bencana tersebut terutama sekali mereka yang terjejas teruk oleh banjir hujung tahun lepas.

Mldss

Selain daripada mempersiapkan diri dan keluarga untuk bencana banjir, orang ramai juga dinasihatkan perlu mengambil kira penyakit yang boleh tersebar ketika banjir serta pasca banjir.

Tragedi Lubuk Yu, Maran, Pahang

Pasti ramai yang ingat tentang kejadian hitam yang melanda negara pada tahun 2010, apabila seramai 7 orang penyelamat mangsa lemas di Lubuk Yu, seorang demi seorang meninggal dunia setiba mereka di rumah.

Menurut sumber, operasi itu digerakkan bagi mencari seorang mangsa lemas pada 26 hingga 30 Jun 2010.

Ramai yang mengaitkan tragedi tersebut dengan perkara yang mistik tetapi sebenarnya mereka semua telah disahkan dijangkiti penyakit Melioidosis (jangkitan tanah tercemar) dan Leptospirosis (air kencing tikus).

Kembar Fazura 2

Kedua-dua penyakit itu boleh berpunca daripada kontak dengan air yang tercemar dengan bakteria, ia juga boleh merebak melalui makanan dan minuman yang juga terdedah kepada bakteria yang sama.

Bakteria ini juga terdapat dalam air kencing haiwan seperti tikus, kucing, anjing, lembu, kuda, babi dan kambing, disebabkan itu, ia lebih mudah tercemar di kawasan tanah yang berlumpur serta air yang kotor.

Sentiasa pakai pakaian yang selamat dan ambil langkah berjaga-jaga

Disebabkan itu, mereka yang berhadapan dengan bencana tersebut atau ingin membantu mangsa banjir, anda dinasihatkan untuk sentiasa mengenakan pakaian yang sebaiknya untuk mejaga keselamatan, ini kerana bakteria-bakteria tersebut boleh juga menembusi kulit manusia.

3012.8

Sentiasa pakai but atau kasut yang bertutup ketika melalui tempat yang berisiko tinggi seperti kawasan sungai atau kawasan banjir dan sukarelawan serta mangsa banjir digalakkan untuk mengambil antibiotik seperti Doxycycline seminggu sekali sebagai langkah pencegahan.

Orang ramai juga dinasihatkan untuk mencari sumber air yang bersih dan elakkan minum air yang tidak dirawat atau dimasak.

Sentiasa berhati-hati ya guys! 

Baca: US Catat Kes Pertama Monkeypox, Ini 4 Perkara Mengenai Penyakit Dari ‘Keluarga’ Cacar Ini

Monkeypox 2

Sumber: samudera.my

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.