in

Penceramah Cedera Ditikam Sedalam 4 Sentimeter Di Depan Orang Ramai

Ft Sheikh

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang penceramah di Indonesia Syeikh Ali Jaber diserang dan ditikam ketika sedang menyampaikan ceramah di daerah Lampung, Indonesia.


Ekoran kejadian itu, beliau yang merupakan penceramah kelahiran Arab Saudi mengalami luka sedalam 4 sentimeter di bahagian kanan lengannya.

Berjaya bolos kawalan polis

Sewaktu ceramah dijalankan, pihak polis sudah sedia berkawal namun serangan lelaki itu berlaku tanpa diduga menyebabkan kecedaraan kepada Ali Jaber.

Serang 1

“Secara tiba-tiba, seorang lelaki menyerang Ali Jaber dan menikamnya,” – Ketua Polis Wilayah Lampung Purwadi Arianto 

Laporan Harian Metro mengatakan siasatan awal menemui, suspek berusia 24 tahun tu gemar menonton ceramah Ali Jaber secara dalam talian.

Tak patah semangat. Lepas je dapat rawatan kecemasan, Ali Jaber yang sudah memiliki kerakyatan Indonesia teruskan juga program jelajah ceramah pada hari yang sama.

Ali Jaber menyatakan dia tak mahu apa-apa cerita dikaitkan dengannya termasuk perkara berkaitan politik.

Beliau yakin siasatan oleh pihak akan dijalankan dengan telus.

Suspek pula ditahan oleh pihak polis dan motif kejadian masih dalam siasatan.

Baca : “Dah mencuri, buat kecoh pula!” – Lelaki Naik Hantu Serang Pekedai Dan Orang Awam Guna Parang 12 Inci

Serang

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.