in

“Dah mencuri, buat kecoh pula!” – Lelaki ‘Naik Hantu’ Serang Pekedai Dan Orang Awam Guna Parang 12 Inci

Aa 5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang lelaki dilaporkan tiba-tiba ‘naik hantu’ dengan menyerang orang awam di Sungai Petani, Kedah semalam.


Lelaki tersebut dipercayai telah masuk ke dalam sebuah kedai menjual alat perkakas rumah dalam keadaan yang mencurigakan sebelum mencuri sebilah parang.

Detik cemas berlaku apabila lelaki tersebut mula menyerang dan melibas orang awam yang berada di luar premis bangunan kedai berkenaan.

A1 2

Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah, kejadian berlaku kira-kira jam 1 petang ketika suspek berusia 31 tahun itu datang seorang diri ke kedai berkenaan.

“Suspek kemudiannya mengambil parang (besar) dan saiznya lebih kurang 0.3 meter (12 inci) dari rak di dalam premis itu dan terus berlari keluar”

“Ketika itu mangsa iaitu kontraktor yang berada di lokasi ternampak suspek dalam keadaan memegang parang dan turut menghubungi polis. Suspek bertindak mengejar mangsa dengan menggunakan sebilah parang dan menyerang mangsa”

 

Suspek cedera ketika bergelut dengan polis

Adzli berkata, setibanya polis di lokasi kejadian, berlaku pergelutan di antara anggota polis dan suspek kerana suspek tidak mengendahkan arahan supaya meletakkan parang tersebut.

“Ketika proses tangkapan dilakukan suspek mengalami bengkak dan luka di bahagian atas kening mata sebelah kiri, luka kecil di bahagian belakang telinga kanan, luka di bahagian jari kaki kiri dan kanan.

A2 1 1

Dalam pergelutan itu akhirnya suspek berjaya ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda untuk tindakan lanjut.

Dimaklumkan hasil siasatan awal mendapati, suspek mempunyai 17 rekod jenayah lampau termasuk dadah.

Kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan dan Seksyen 560 Kanun Keseksaan kerana mencuri dalam bangunan dan melakukan ugutan, lapor Astro Awani.

 

Baca: Kecoh Video Tular Dua Kumpulan Mat Rempit Bergaduh Di Dataran Merdeka

A 3

Sumber: Astro Awani
Sumber: Kosmo

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.