in

Penceramah Bebas Popular Kena Tahan Polis Disyaki Rogol Remaja

Polis

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang penceramah bebas yang dikenali sebagai ‘ustaz’ telah ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor oleh pihak polis atas kesalahan merogol remaja yang berumur 14 tahun.


Menurut Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk S Sasikala Devi berkata, pihaknya menerima laporan polis daripada mangsa pada jam 11.15 malam hari Sabtu. Suspek telah ditangkap pada hari isnin, dua hari selepas laporan.

Lelaki 30-an buat ‘roadtrip’ bersama remaja 

Menurut laporan Berita Harian, setakat ini empat kertas siasatan telah dibuka iaitu dua di Selangor, satu di Kuala Lumpur dan Perak melibatkan pengadu yang sama.

Hasil siasatan awal mendapati, remaja tersebut telah berkenalan dengan suspek iaitu merupakan seorang lelaki tempatan berusia dalam lingkungan 30-an sejak Mei tahun lalu.

“Bermula dari perkenalan tersebut, pengadu dan suspek telah beberapa kali melakukan hubungan intim di beberapa lokasi yang berbeza.”

Menurut Sasikala Devi juga mereka telah menahan suspek tersebut pada jam 4.50 petang di kediamannya.

“Suspek telah direman selama lima hari bermula Selasa hingga Sabtu ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.”

Walaupun hubungan suka sama suka, ia tetap menjadi satu kesalahan rogol apabila dilakukan terhadap remaja bawah umur atau bawah 18 tahun.

Min tak tahu nak cakap apa dengan berita ini tapi cuba korang nilaikan sendiri.

Baca: Penceramah Bebas Ditahan Atas Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-kanak

Screenshot 2022 07 19 At 3.35.07 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.