in

Peminat ‘Home Alone’ Boleh Tinggal di Rumah Filem Itu Buat Semalam Dengan Harga Serendah RM106 Je!

F2 Filem Home Alone

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa kat sini pernah menonton filem komedi kanak-kanak Home Alone ketika zaman kanak-kanak dulu? Filem yang ditayangkan pada tahun 1990 itu tetap menjadi pilihan ramai orang dewasa pada zaman kini sebab lawak dan komedinya tak lapuk dek zaman.


Jika anda merupakan salah seorang daripada peminat tegar filem tersebut, mesti anda akan teruja dengan berita yang bakal kami kongsikan ini.

Filem Home Alone 3

Menurut CNN, rumah yang menjadi latar tempat dalam filem Krismas itu akan membuka pintunya kepada empat orang yang berminat mahu menyewanya pada bulan Disember ini.

Difahamkan, rumah yang terletak di Chicago, Amerika Syarikat itu hanya boleh disewa selama semalam sahaja dengan harga yang cukup berpatutan iaitu hanya $25 (kira-kira RM106). Tempahan pula hanya dibuka pada 7 Disember ini melalui Airbnb.

Filem Home Alone 2

Paling best, rekaan dalaman rumah itu juga hampir sama seperti dalam filem Home Alone dulu-dulu. Jadi, mereka yang bertuah boleh la feeling feeling macam tengah fikir strategi untuk kerjakan perompak dalam filem tu.

Untuk anda yang mungkin belum pernah menonton filem ini, ia mengisahkan tentang seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun iaitu Kevin yang secara tidak sengaja ditinggalkan oleh keluarganya yang berangkat ke Paris. Sepanjang tempoh dia tinggal seorang diri di rumah pula, dia perlu melawan beberapa orang penjahat yang mahu menceroboh rumahnya.

Selain itu, Devin Ratray yang berlakon menjadi abang kepada watak Kevin McCalister dalam filem itu dilaporkan akan menyambut tetamu bertuah itu nanti.

Beruntung betul kalau dapat tengok sendiri depan mata rumah dalam filem Home Alone ni kan. 

Sumber: CNN, Airbnb 

Baca: Peminat Harry Potter Wajib Tahu! Ini 7 Fakta Menarik Tentang Behind The Scenes Filem Itu 

Filem Home Alone 1

Sumber: IMDb
Sumber: IMDb

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.