Seorang pengusaha Airbnb baru-baru ini tular di aplikasi TikTok selepas tindakannya mendedahkan perangai penghuni kediamannya yang didakwa sengaja membanjirkan unit tersebut sebelum mendaftar keluar.
Pun begitu, pendedahan pereka kandungan adzo365 tersebut menerima pelbagai reaksi dari netizen selepas mendedahkan kerosakan yang dialaminya gara-gara perbuatan penyewa unit Airbnb miliknya yang didakwa dengan sengaja membanjirkan unit tersebut.
Dalam video berdurasi 10 saat yang dimuat naik oleh Adzo baru-baru ini, dia mendedahkan bukan senang untuk menjadi pengusaha tempat penginapan, kadangkala ia menguntungkan, kadangkala ia merugikan dan ada kalanya pula diberikan penghuni dari ‘neraka’.
Sehingga kini, video yang menunjukkan seluruh lantai unit Airbnb milik Adzo dipenuhi air selain mendakwa tetamu tersebut turut meletakkan plug di dalam sinki yang dipenuhi air sebelum keluar tersebut telah mendapat lebih 800 ribu tontonan.
“Saya mahu cerita pihak lagi satu”
Walaupun pemilik Airbnb berkenaan mungkin ingin mendapatkan simpati dari pengguna TikTok, ramai yang tidak bersetuju dengan pendedahan tersebut dan meminta untuk mendengar cerita dari penyewa pula.
@adzo365 Hosting has its ups and downs and disasters #airbnb #host #flooded #tinyhome #cleaning #somuchfun ♬ original sound – adzo365
Tidak kurang juga yang membuat spekulasi di ruangan komen tersebut tentang perbuatan penyewa berkenaan mungkin disebabkan ‘membalas’ sesuatu yang telah dilakukan oleh pemilik tersebut.
Bukan seorang, tetapi ramai juga yang meninggalkan komen seolah-olah ada sesuatu yang tidak kena dengan perkongsian Adzo tersebut dan mahu mendengar cerita daripada sisi penghuni yang berbuat demikian pula.
Pun begitu, ramai juga yang bersimpati terhadap apa yang berlaku kepada pemilik unit berkenaan dan ada juga yang mengalami perkara yang sama sehinggakan tidak lagi ingin meneruskan sewaan kediaman mereka kerana kejadian sebegini.
Baca : “Macam ‘Slenderman’” – Padah Tak Hirau ‘Review’, Satu Keluarga Kena ‘Kacau’ Di Airbnb London