in

Peminat Harry Potter Wajib Tahu! Ini 7 Fakta Menarik Tentang Behind The Scenes Filem Itu

F3 Hp Fans E1637374165779

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siri filem dan novel fantasi dari Britain karya JK Rowling iaitu Harry Potter sudah sememangnya sinonim dalam kalangan remaja, kanak-kanak mahupun orang dewasa kerana plotnya yang menarik dan daya imaginasi penulisnya yang tersendiri.


Namun, tahukah anda terdapat pelbagai kejadian menarik yang berlaku ketika penggambaran filem ini dijalankan? Jadi, kali ini kami nak kongsikan dengan anda tujuh trivia tentang di sebalik tabir filem ini.

#1 Burung hantu sebenar dilatih untuk menghantar surat 

Disebabkan di Hogwarts, mereka banyak guna sihir dalam menjalankan aktiviti harian, jadi kita sebagai penonton selalu tengok babak di mana ada burung hantu yang hantar surat pada Harry dan rakan-rakannya.

Hp 3

Ha, untuk pengetahuan anda, burung hantu tu bukanlah guna kesan khas sebaliknya penerbit filem ini memang ada latih haiwan terbabit untuk menghantar surat dan difahamkan proses itu memakan masa yang cukup lama.

#2 Surat tawaran Hogwarts kepada Harry dalam filem pertama telah ditulis tangan sebanyak 2 kali! 

Ingat lagi tak babak di mana rumah pakcik Harry iaitu Vernon Dudley yang dibanjiri dengan surat tawaran Hogwarts? Menurut Seventeen.com, kesemua surat itu telah ditulis tangan oleh kru produksi namun tak boleh digunakan sebab terlalu berat untuk burung hantu tu bawa.

Jadi, pihak produksi telah menulis semula kesemua surat itu dengan tangan supaya berat surat itu sesuai dibawa oleh burung. Dua kali tulis ratusan surat, memang gigih betul dorang ni!

#3 Daniel Radcliffe pakai 160 pasang cermin mata sepanjang penggambaran filem

Watak utama, Harry Potter yang dibawakan oleh Daniel Radcliffe sinonim dengan pemakaian cermin mata yang berbentuk bulat. Tahukah anda, dari shooting filem siri pertama hinggalah yang terakhir, Daniel telah memakai 160 pasang cermin mata sebagai Harry.

Hp 2

Mana taknya, penggambaran tu memakan masa bertahun-tahun, jadi memang banyak la cermin mata yang dipakainya kan. Mesti ada cermin yang rosak ke apa kan.

#4 Pelakon kanak-kanak dalam filem ini siapkan kerja sekolah ketika penggambaran 

Banyak juga babak yang menunjukan pelajar Hogwarts sedang belajar, membaca buku atau membuat kerja sekolah kan.

Menurut pelakon Oliver Phelps yang membawa watak George Weasley, kesemua pelakon kanak-kanak dan remaja yang menjadi pelajar di Hogwarts akan membuat kerja sekolah sebenar mereka ketika babak-babak ini dirakam, lapor Project Casting.

Sebab tu la scene tersebut nampak agak realistik. Kiranya, kru produksi filem ni tak mahu pelakon mereka lupakan pelajaran walaupun ketika sibuk berlakon.

#5 Hantu Moaning Myrtle sebenarnya dibawakan oleh pelakon yang berusia 30-an

Mesti ramai juga yang ingat dengan watak hantu remaja perempuan yang tinggal di dalam tandas iaitu Moaning Myrtle kan? Mungkin ramai yang ingat watak kesemua pelajar sekolah Hogwarts dilakonkan oleh remaja.

Namun untuk watak hantu tersebut, ia telah dibawakan oleh pelakon Shirley Henderson yang pada ketika itu berusia 36 tahun. Karakter Moaning Myrtle tu pula merupakan gadis sekolah yang berumur 16 tahun. Memang awet muda la pelakon tu boleh bawa watak remaja bawah umur kan. 

#6 Mata Harry Potter dalam filem sepatutnya berwarna hijau 

Jika di dalam novel, mata watak utama itu dikatakan berwarna hijau, namun apabila ia diadaptasi ke filem, Harry Potter tidak mempunyai warna mata tersebut.

Ini kerana, mata sebenar Daniel Radcliffe berwarna biru dan dia pula tidak boleh memakai kanta lekap warna hijau kerana masalah alergi.

#7 Mantera sihir telah diinspirasikan daripada bahasa Latin 

Antara mentera yang sering digunakan dalam filem Harry Potter ini ialah Expelliarmus, Stupefy dan Alohomora. Menurut laman web Mentalfloss, kebanyakan mantera dalam siri ini telah direka oleh J.K. Rowling sendiri yang telah diinspirasikan daripada bahasa Latin.

Difahamkan, penulis terkenal ini pernah mempelajari sedikit sebanyak tentang bahasa ini ketika belajar di universiti suatu ketika dahulu.

Lepas tahu semua trivia filem ini, tiba-tiba rasa nak marathon balik kesemua siri Harry Potter ni kan. 

Sumber: Mentalfloss, Seventeen.com, Project Casting, Elite Daily

Baca: Lord Voldemort TAKKAN BERJAYA Bunuh Harry Potter! Ini 5 Teori ‘Paling Masuk Akal’ Jelaskan Kenapa 

Fun Fact Hp 1

Sumber: IMDb

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.