in

Pemilik Kereta Boleh Tuntut Ganti Rugi, RapidKL Mohon Maaf

Rapidkl

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam, sekurang-kurangnya 4 orang dilaporkan cedera lepas sebuah bas RapidKL bertindak di luar kawalan dengan melanggar 7 kereta ketika dalam perjalanan dari Kampung Keramat menghala ke MRR2 malam tadi (16 Ogos), lapor Harian Metro.


Kejadian yang mulanya viral di Facebook telah mendapat pelbagai respon daripada netizen yang rata-rata tak berpuas hati dengan tindakan driver bas tersebut. Hampir kesemua mangsa juga dikatakan telah membuat laporan polis semalam.

https://www.facebook.com/100003494561146/posts/1659520394174430/

Susulan kemalangan ni, pengendali bas RapidKL, Prasarana Malaysia Berhad dah memohon maaf kepada orang ramai berkenaan insiden tu dan mereka sedang mendapatkan maklumat terperinci berkenaan kejadian tersebut, lapor Astro AWANI.

“Kapten (pemandu) bas itu sudah berkhidmat selama dua tahun dan dia mempunyai rekod perkhidmatan yang baik.

“Punca kejadian masih belum dikenal pasti, namun kami memohon maaf kepada orang ramai atas insiden ini,” kata Ketua Pegawai Operasi RapidKL, Shamsul Rizal Mohd Yusof dalam sidang media malam tadi.

39306765 1822321344550315 3916568539644821504 N
sumber: facebook

Beliau juga memaklumkan yang kapten (pemandu) bas tu dah berkhidmat selama 2 tahun dan dia mempunyai rekod perkhidmatan yang baik.

Sementara tu menurut Malaysiakini, RapidKL memaklumkan pemilik kenderaan yang rosak akibat dirempuh sebuah bas semalam boleh membuat tuntutan ganti rugi. Mereka hanya perlu menghubungi RapidKL di talian 03-7885 2585 untuk proses tuntutan. 

39206566 1822321674550282 8007868151461052416 N
sumber: facebook
39257269 1822321511216965 193225016664391680 N
sumber: facebook
39266637 1822321414550308 3027119901140582400 N
sumber: facebook

“Ada beberapa prosedur yang perlu dibuat (oleh pemilik kenderaan) seperti hantar laporan polis. Pihak RapidKL akan bantu menyalurkan maklumat untuk proses tuntutan,” kata Shamsul Rizal lagi.

Semoga mangsa yang terlibat cepat sembuh dari kemalangan yang menimpa. Jangan lupa buat claim dengan RapidKL ye. Teruk jugak kereta yang kena rempuh semalam. 🙁

Baca: Berterabur… Kasihan Bapa Tak Sempat Bawa Pulang Pampers Anak 

Pampers

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.