in

Berterabur… Kasihan Bapa Tak Sempat Bawa Pulang Pampers Anak

Pamperssss

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebak… Hasrat seorang bapa membawa pulang lampin pakai buang untuk anaknya tak kesampaian lepas mangsa terlibat dalam kemalangan. Menurut Harian Metro, motosikal yang ditunggang mangsa telah rempuh sebuah lori terbalik kat Jalan Padang Toi, Sik malam semalam (8 Ogos).


38709936 10209822856847536 2895992964750770176 N
sumber: facebook

Dalam keadaan yang berlaku jam 10.15 malam, Nirazman Said, 36 dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumahnya dekat Perumahan KEDA, Kampung Bendang Man sebelum dia berlanggar dengan lori. Akibat daripada kemalangan tu, pampers yang ingin dibawa pulang habis berterabur atas jalan. Mangsa pulak maut akibat cedera parah di badan dan kepala. 

38764086 10209822855047491 2879971035929640960 O
sumber: facebook
38742214 10209822856407525 223750723626598400 O
sumber: facebook

Ketua Polis Daerah Sik berkata, lori yang bawa muatan biskut memandu dari arah Felda Teloi Timur hilang kawalan dan masuk laluan bertentangan. Gagal kawal kenderaan, lori terbalik secara melintang atas jalan.

“Pada masa sama, seorang lelaki yang menunggang motosikal melanggar lori menyebabkan dia tercampak dan mengalami cedera parah sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Pemandu lori hanya mengalami kecederaan ringan dan mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Sik untuk bedah siasat,” kata Ketua Polis Daerah Sik.

38732691 10209822854607480 4261198871549444096 O
sumber: facebook
38808261 10209822858727583 3416317914674888704 O
sumber: facebook

Menerusi sumber Facebook, mangsa mempunyai seorang isteri dan 3 orang anak yang masih kecil. Malah jalan pintas Felda Teloi Timur jugak dengarnya memang sering berlaku kemalangan jalan raya.

38797742 10209824759295096 1077959481884672 N
sumber: facebook

Kes disiasat mengikut Seksyen Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Semoga keluarga mangsa tabah hadapi dugaan ini. Al Fatihah. 

Baca: Tow Truck Bergegas Nak Bantu Mangsa Kemalangan di Ranau, Tapi Terlanggar Budak Sekolah Hingga Maut 

Tow

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.