Pemandu Teksi Melampau Caj Penumpang RM160 Untuk Perjalanan Tidak Lebih 10 Kilometer!

Tambah ke Sumber Pilihan
Pemandu Teksi Melampau Caj Penumpang RM160 Untuk Perjalanan Tidak Lebih 10 Kilometer!

Kes menipu penumpang sepertinya bukanlah perkara yang luar biasa memandangkan masih ada individu yang memburukkan imej pemandu teksi yang lain apabila mereka melakukan perbuatan itu dengan mengenakan caj berlebihan kepada penumpang.

Menurut Harian Metro, seorang pemandu teksi tempatan telah ditahan oleh Pegawai Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) kerana mengenakan bayaran keterlaluan kepada penumpangnya.


Aaa3
Gambar hiasan

Pemandu teksi tersebut dilaporkan menghantar penumpangnya dari Jalan Bukit Petaling ke Kota Raya yang hanya mengambil masa 8 hingga 10 minit sahaja. Walaupun perjalanan tidak sampai 10 kilometer, penumpangnya yang merupakan warga Myanmar itu telah dikenakan caj RM160. Naik teksi tak sampai 10 minit, kena bayar RM160! Mahalnya!

Aaa1
Sumber: Malaysian Digest

Merasakan caj yang dikenakan terhadapnya tidak munasabah, penumpang itu telah membuat keputusan untuk melaporkan tentang pemandu tersebut kepada SPAD di Terminal Bersepadu Selatan (TBS).

Bagaimanapun, ketika ditahan oleh wakil SPAD, pemandu itu hanya berkata bahawa dia mengenakan caj sebanyak RM100 kepada penumpang tersebut, lapor Malaysian Digest. 100 pun kira mahal okay!

Aaa2
Sumber: Harian Metro

DIfahamkan, kereta Proton Saga BLM milik pemandu teksi tersebut kini disita bagi tujuan siasatan lanjut di bawah Akta Pengankutan Awam Darat 2010 atas kesalahan tidak meggunakan meter tambang.

Jika anda mengalami nasib seperti penumpang ini, jangan teragak-agak untuk laporkan kepada SPAD supaya pemandu itu dikenakan tindakan. Kalau tak, lagi ramai jadi mangsa!

Baca: Pemandu Teksi Ugut Penumpang Tidur Bersama Sebagai Ganti Tambang RM400

Ddd

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Lihat di Instagram(buka di tab baharu)

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Bunyi Penggera Kecemasan Terus Ke Telefon, Rupanya Ini Teknologi Di Sebalik Tabir MySiren
  2. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
  3. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

Pemandu Teksi Melampau Caj Penumpang RM160 Untuk Perjalanan Tidak Lebih 10 Kilometer!
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/pemandu-teksi-melampau-caj-penumpang-rm160-untuk-perjalanan-tidak-lebih-10-kilometer/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM