Pelumba ‘Cilik’ Negara Raih Perhatian Dapat Berlatih Di Itali Bersama Fernando Alonso

Tambah ke Sumber Pilihan
Pelumba ‘Cilik’ Negara Raih Perhatian Dapat Berlatih Di Itali Bersama Fernando Alonso

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh telah membuat video call dengan juara dunia dua kali F1, Fernando Alonso untuk mengetahui perkembangan kerjaya pelumba ‘cilik’ negara, Travis Teoh dalam bidang sukan permotoran.

Beliau turut meluahkan rasa kagum terhadap kanak-kanak yang berusia 12 tahun itu kerana mempunyai cita-cita yang tinggi untuk berjaya dalam bidang sukan tersebut.


Menurut Hannah, apabila dia bertanya kepada Travis sama ada dia boleh menceritakan sesuatu tentang dirinya, Travis menjelaskan yang dia akan bekerja keras.

“Saya bekerja keras untuk segala-galanya. Bagi merealisasikannya saya akan terus bekerja lebih keras,” jawab Travis.

Bagi Hannah, jawapan yang diberikan oleh Travis itu menunjukkan bahawa dia mengambil serius tentang perlumbaan tersebut dan itu bukanlah jawapan biasa daripada seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun.

Baru-baru ini, Hannah telah mengadakan pertemuan dengan Travis di parlimen serta membuat panggilan video dengan Alonso untuk bercakap mengenai perkembangan Travis sekali gus membuka laluannya ke dunia sukan permotoran khususnya F1.

330292276 866857427741624 475322251007480812 NSumber: Facebook

Difahamkan, Travis telah mula berkecimpung dalam sukan permotoran seawal usia enam tahun dan telah mengharungi perjalanan yang menakjubkan dalam Kejohanan Karting MAM Malaysia dan Siri IAME Asia apabila dia memenangi pelbagai gelaran.

Menurut laporan Sinar Harian, Travis mendapat bimbingan Double R Motorsport (DRM) menerusi tunjuk ajar pemilik pasukan berkenaan, Mohd Rohairijaz Mohd Ropin.

Ketika mewakili pasukan tersebut, Travis telah merangkul gelaran kebangsaan dan antarabangsa termasuk siri DPK Racing selain muncul sebagai pemenang 2022 untuk Kejohanan Dunia FIA-CIK dalam Kelas OK.

Susulan kejayaannya itu, juara dunia F1, Fernando Alonso sendiri telah memilih Travis untuk menyertai program pembangunan bakat mudanya di bawah syarikat Pengurusan A14 milik pelumba F1 tersebut.

Pehh! Semoga adik Travis berjaya dalam bidang berkenaan!

Sumber : Sinar Harian, Facebook

Baca :  “Terbaik sepanjang zaman!” – 7 Atlet Malaysia ‘Lejen’ Yang Mencipta Sejarah!

7 Atlet Malaysia 728X383 1

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Farhan Sahak
Lagi tulisan Farhan
Seorang yang suka cuba aktiviti baru dalam kehidupan, tapi yang pasti dia tak pernah cuba awek member

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Lihat di Instagram(buka di tab baharu)

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Bunyi Penggera Kecemasan Terus Ke Telefon, Rupanya Ini Teknologi Di Sebalik Tabir MySiren
  2. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
  3. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

Pelumba ‘Cilik’ Negara Raih Perhatian Dapat Berlatih Di Itali Bersama Fernando Alonso
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/pelumba-cilik-negara-raih-perhatian-dapat-berlatih-di-itali-bersama-fernando-alonso/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM